CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalani Prosedur Kumpul Telur Matang, Wanita Tiba-Tiba Mati Mengejut Ketika Proses IVF

27-10-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2809| Komen: 22

Seorang ibu muda dari India disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Mail Online melaporkan, mangsa berusia 23 tahun itu meninggal dunia secara mengejut ketika doktor sedang mengumpul telur matang dari ovarinya. 

Difahamkan dia sudah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun.


Foto: Mail Online

Jantungnya berhenti berdegup tanpa sebarang amaran dan bedah siasat mendedahkan wanita itu meninggal dunia disebabkan sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) iaitu satu komplikasi yang menjejaskan satu daripada tiga wanita yang menjalani IVF.


Menurut pengarah badan amal kesuburan Progress Educational Trust (PET), Sarah Norcross, risiko kematian akibat OHSS jarang berlaku dan keadaan itu menyebabkan ovari wanita mengembang secara berbahaya serta boleh menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas dengan darah beku dalam paru-paru mereka.

Hasil bedah siasat mendapati ovari mangsa yang kebiasaannya bersaiz tiga sentimeter membesar tiga kali ganda daripada saiz sepatutnya. 

Malah, dia turut mempunyai sembilan daripada 10 folikel yang membesar pada dinding setiap ovari serta terdapat cecair sekeliling perut dan paru-parunya.

Pakar membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal dunia akibat edema pulmonari akut di mana terdapat pengumpulan cecair dalam paru-paru yang disebabkan pembekuan darah serta sukar untuk bernafas yang membawa kepada serangan jantung. -CARI

Sumber : MailOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 27-10-2022 01:40 PM
muda lagi dan dah ada anak, kenapa buat ivf? kesian pulak anak 4 tahun  yg ditinggal tu
Quote Samerosie 27-10-2022 01:51 PM
Umur 23, dah kawin 7 tahun.  
Quote cha-cha 27-10-2022 01:55 PM
1 daripada 3???!!! Scary nya. Tak pernah pulak dengar kes macam ni jadi kat Malaysia.
Quote sharlenetexas 27-10-2022 01:57 PM
Umur 16 dah kahwin?

Muda2 buat ivf.

Quote umbut 27-10-2022 02:12 PM
cha-cha replied at 27-10-2022 01:55 PM
1 daripada 3???!!! Scary nya. Tak pernah pulak dengar kes macam ni jadi kat Malaysia.

Scary ye..1 dari 3juta ok ler
Quote umbut 27-10-2022 02:13 PM
India nak buat ivf murah agaknya..nenek2 dah menopos pun ada buat ivf..
Quote noor2 27-10-2022 02:24 PM
Kejap....proses ivf sampai darah boleh beku?...ke aku x faham apa yg ditulis....
Quote kepompong 27-10-2022 02:58 PM
Liposuction pun berisiko mati mengejut semasa procedure. Tetap lah klinik aesthetic tumbuh macam cendawan… Merata2 ada. bisnes cepat kaya katanya… sebelum buat procedure sign siap2 disclaimer kan apedehal
Quote Artemesiaa 27-10-2022 03:02 PM
Apa2 procedure kesihatan ada risikonya
Quote sangbara2020 27-10-2022 03:03 PM
OHSS ni mmg bahaya...
bertabahlah
Quote Minami2013 27-10-2022 03:45 PM
Umur 23 muda lagi dan dah ada anak sorang pun. Ajal.
Quote faraway1 28-10-2022 03:16 AM
Siannya..

Mesti semua terkejut sebab kematian jenis kita tak sangka, anak mesti tunggu mana mak tak balik lagi..
Quote dellashrill 28-10-2022 06:00 AM
sakit tau kene OHSS. merasa la kene admitted hospital selepas 4 hari procedure. dah macam orang mengandung 9 bulan masa tu. huhu
Quote jazaa100 28-10-2022 07:44 AM
Samerosie replied at 27-10-2022 01:51 PM
Umur 23, dah kawin 7 tahun.

India & Indon memang mcm tu
Quote anony-mous 28-10-2022 07:44 AM
Besarnya pengorbanan wanita nk dpt ank
Quote Suchi 28-10-2022 08:00 AM
Aduh tgk gambar mcm menyakitkan je walau lukisan.
Dia baru 23 tahun kenapa ye doc benarkan buat ivf? Sbb nak anak lelaki ke?
Emangnya kat sana buat ivf murah ke apa? Kesian anak kecil dia yg ditinggalkan.
Quote Suchi 28-10-2022 08:10 AM
kepompong replied at 27-10-2022 02:58 PM
Liposuction pun berisiko mati mengejut semasa procedure. Tetap lah klinik aesthetic tumbuh macam cen ...

Menakutkan kan? Tak berani la iols sesaja cari penyakit melainkan terpaksa kena operet sbb nak selamatkan nyawa ke apa sedangkan Iols nak cabut gigi punya la takut sbb risau dgn risiko alergik bius ke apa kang tetiba je mati.Tp terpaksa gak cabut sbb gigi retak.
Sekali mcm susah plak masa doc nak cabut tu,bila dah cabut dia punya sakit lepas abis bius takleh nk bincang.
Org lain cabut gigi blk umah takde apa2 pun, iols sampai seminggu menderita sbb gusi situ sakit,bengkak dan merah, pipi sebelah pun bengkak. Pi klinik utk cabut benang, doc bg antibiotik.
Quote batmana 28-10-2022 08:17 AM
sbb nk anak laki la tu..
ank 1st kn pmpn

mgkin family desak, dh 7 thn kwin, tkde ank laki lagi..
entahlah
Quote rosedemon 28-10-2022 10:44 AM
adui xsmpat merasa nk hamil udah mati dulu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.574955 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top