CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis, Wanita Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Kontena Dan Tiga Kereta Di Lebuhraya Plus

27-10-2022 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2194| Komen: 13

Seorang wanita maut di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan dua lori kontena dan tiga kereta di KM129 di lorong arah utara Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).


Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.57 petang Rabu (26 Oktober).

Ketua Balai Bomba Yong Peng, Asyraf Nurbin Mohd Yusoff berkata 13 anggota bomba dari Balai Bomba Yong Peng dan Pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian.


Foto: The Star

"Mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai Ang Zi Yan yang berada dalam salah sebuah kereta telah diisytiharkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Kementerian Kesihatan,'' kata Asyraf dalam satu kenyataan.


Katanya, mangsa tersepit di dalam kereta manakala pemandu lelaki mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal pasukan paramedik bomba.

Asyraf berkata, identiti pemandu kereta itu tidak diketahui, sambil menambah pemandu salah sebuah trak yang berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Azrul Khamis.

Beliau berkata, Muhamad cedera dalam kemalangan itu manakala pemandu lain melarikan diri tanpa cedera, dan menambah identiti pemandu lori kontena kedua masih belum dapat ditentukan.

Asyraf juga berkata pemandu dua lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, Noor Sulina Mohamadaril berusia 28 tahun dan Mohd Faizul Mohd Salleh, 42 tahun, kedua-duanya selamat tanpa cedera.

Operasi yang diketuai pegawai kanan II Mohd Hafiz Othman itu tamat pada 8.10 malam. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 27-10-2022 01:23 PM
tu dia lori kontena lagi, pemandu cabut lari ? aduhai...

so , apa sebenarnya berlaku , sapa yg laju ? sapa yg tukaq lane terkejut kejut ke, atau bagi signal tak betul ke? hmmm?
Quote rosedemon 27-10-2022 02:57 PM
adui byknya eksiden lately
Quote mawarika 27-10-2022 03:05 PM
Aku balik selasa sbb nk elak jem. Treler, lori kalau nk masuk lane kanan bagi signal n terus masuk. Itu la babi namanya.
Quote noor2 27-10-2022 03:07 PM
Innalillah..

Ni pula kejadian pelik di highway

[youtube]beaMp9qTQIk[/youtube]
Quote kepompong 27-10-2022 03:08 PM
tak aman betul nak lalu plus skrg ni
Quote Artemesiaa 27-10-2022 03:10 PM
Negri kalau lihat lajunya lori kontena bila dilebuhraya elok ler jauhkan diri dari mereka
Quote venom1 27-10-2022 03:20 PM
buah tembikai bergolek2 kat highway.
Quote totokreturn. 27-10-2022 03:30 PM
aku kadang2 nampak sendiri gang gang lori ni berlumba sesama mereka
Quote white_musk 27-10-2022 03:35 PM
bos kata siapa menang bos bagi bonus lebih...
kerana itu mereka bawa laju saja janji dapat duit
Quote trisnalovezul 27-10-2022 05:10 PM
Kasian sama korban..mninggal di usia muda
Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 05:15 PM
kaka tgk utube masalah lori brek xmakan ni mmg natural problem lori ada brek angin atau engine braking ada brake tayar. biasa lori akan guna engine braking baru brek tayar. bila brek tayar panas dan jem tu jadi punca sauk kereta lain.

Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 05:15 PM
trisnalovezul replied at 27-10-2022 05:10 PM
Kasian sama korban..mninggal di usia muda

hoi friska baru keluar gua ke?
Quote rosedemon 28-10-2022 10:44 AM
tacodlah dgr brita2 begini

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050824 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top