CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akim Ahmad Tak Nak Sorok Muka Anak, "Isa Lebih Manja, Nak Tidur Kena Berdukung,Berjaga Malam"

27-10-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2130| Komen: 9

Akim Ahmad, 31 tidak mempunyai masalah berkongsi gambar anak lelakinya yang lahir tiga bulan lalu di media sosial untuk meraikan perkara baik bersama-sama khalayak.


Apatah lagi memegang status sebagai selebriti, Akim akur, setiap inci kehidupan mereka menjadi perhatian peminat selagi tidak melampaui batas.

Foto: IG

Malah, kehadiran putera sulung yang lahir 6 Ogos lalu memberikan keceriaan kepada Akim sekeluarga.

“Alhamdulillah, bayi makin sihat dan baru mengambil vaksin pertama, baru-baru ini. Anak lelaki ini rupanya berbeza dengan anak perempuan kerana bagi saya, dia lebih manja.




“Mana tidaknya kalau hendak tidur mesti berdukung, berbanding kakaknya yang sebelum ini tidak perlukan buaian kalau mahu tidur. Sepanjang tiga bulan lalu, memang saya banyak berjaga malam,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Absolut Music Festival di MITEC.



Memilih Isa sebagai nama anak ketiga mereka, suami kepada penyanyi, Stacy itu selesa dengan nama lebih pendek, ringkas dan mempunyai maksud yang jelas.



“Saya tidak mahu nanti pening untuk tulis nama anak panjang-panjang. Selepas berbincang dengan Stacy, kami putuskan pilih nama yang unik dan saya berharap mudah-mudahan Isa menjadi anak yang soleh,” kongsinya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 27-10-2022 12:46 PM
comelnya Isa..nama pun simple je..
semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh..
cantik2 anak depa ni..
Quote cikatilia 27-10-2022 03:18 PM
comel sgt

tahniah
Quote woven11 27-10-2022 03:38 PM
Comel… mata sama ikut eshal
Quote iammummy 27-10-2022 04:11 PM
comelnya...
Quote Begbiru 27-10-2022 04:18 PM
congrats to Akim & Stacy
Quote irsa 27-10-2022 04:21 PM
Comel baby. Simple namanya & bermakna.
Quote Tembikaigoreng 27-10-2022 04:22 PM
Copy paste muka Akim
Quote I.K.A888990 28-10-2022 01:44 AM
comey sungguh
Quote rosedemon 28-10-2022 10:53 AM
xde sape heran kalau xleh tgk isa. len la bilal menggelejat semua kihkih

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052721 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top