CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Monyet Datang Majlis Pengebumian- Angkat Tangan,Cium, Belai-Belai Kepala Mayat Tuan

27-10-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1697| Komen: 9

Video yang menggambarkan ikatan atau kasih sayang antara haiwan dan manusia sememangnya sangat menyentuh emosi.

Bukan sahaja membuktikan masih wujud empati dan rasa kasih di atas bumi ini, tetapi video sedemikian juga menunjukkan bagaimana haiwan juga tahu berterima kasih kepada manusia atas layanan baik yang diberikan.


Dalam satu video menyayat hati yang dikongsikan di Twitter, penghormatan yang diberikan oleh seekor monyet kepada seorang lelaki semasa majlis pengebumiannya membuatkan ramai sebak.




"Seekor monyet memberi penghormatan di #pengebumian tuannya di #Batticaloa," demikian kapsyen pada posting itu.


Video itu menunjukkan monyet itu duduk dekat kepala lelaki itu yang sering menjaga dan memberi makan kepadanya sebelum dia meninggal dunia, dalam kejadian di Batticaloa, Sri Lanka.



Sepanjang rakaman klip, dapat juga dilihat haiwan berkenaan membelai-belai kepala, malah tunduk kepadanya.

Monyet itu juga sempat mencium mayat di hadapannya dan apabila menyedari lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, haiwan itu cuba mengangkat pula tangannya. -CARI

Sumber: mStar/ Indiatoday

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-10-2022 02:57 PM
sedihnya tgk bila binatang kasih pada manusia
Quote Artemesiaa 27-10-2022 03:06 PM
Haiwan sayang akan tuan yang selalu menjaga dan memberi ia makan tak hairan dilakukan macam tu
Quote tumpanglalu74 27-10-2022 03:07 PM
Elok buad baik pade binatang lagi zaman sekarang ni..

Quote bakingsoda 27-10-2022 03:10 PM
mcm tengah kejut suruh tuan dia bangun
Quote Perwira2022 27-10-2022 03:12 PM
Monyet tu akan naik pangkat jadi tuhan lepas ni
Quote iolss 27-10-2022 06:07 PM
binatang pon tau hargai tgn yg bg dia mkn... manusia hareeeee
Quote cmf_premierleag 27-10-2022 07:07 PM
Pernah gak tgk bideo ummah lokal chinese..ms funeral tu, anjing dia berlari2 ikut keter yg bwk coffin tuan dia
Quote cmf_premierleag 27-10-2022 07:08 PM
Edited by cmf_premierleag at 27-10-2022 07:10 PM

Dan kisah anjing Hachiko kt jepun
Yg setia tggu tuan dia balik dr keje stp hari smpi dia tak tahu tuan dia meninggal ms otw pegi keje
So smpi akhir hayat dia tetap setia tggu tuan dia kt bus stop stp hari tanpa fail sbb dh jd mcm rutin dia
Ms cikcur kt jepun dulu akak ada bergambo dgn patung tugu hachiko, mmg tugu dibina near d bust stop tmpt dia tggu tuan dia
Quote dani-rox 27-10-2022 07:10 PM
apasal ai tengok monyet tu dah dilatih, sbb cara dia kucup guna tangan mcm stail belah2 sana jah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.041407 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top