CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Semula, Ibu Haneesya Hanne Pernah Jadi Pelakon Masa Muda- "Dulu Ayah Suruh Jadi Suri Rumah Je"

27-10-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2311| Komen: 13

Impian pelakon dan model Haneesya Hanee ingin beraksi bersama ibunya menerusi sebuah projek akhirnya terlaksana apabila mereka bergandingan dalam drama Roti Cicah Susu.


Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 22, berkata, biarpun sebelum ini ibunya, Nor Hasnida, 51, pernah terlibat dalam dunia lakonan namun tidak mudah baginya kembali beraksi semula di hadapan kamera.

Foto: IG

"Sebenarnya watak yang dipegang ibu sepatutnya dilakonkan oleh orang lain tetapi disebabkan timbul masalah di saat akhir, penerbit Sheila Rusly menawarkan peranan itu kepada ibu.

"Pada awalnya ibu enggan sebab tiada sebarang persiapan, tambahan pula ibu ada anxiety dan bimbang ia akan menyerang. Tapi, selepas puas saya pujuk, ibu akhirnya bersetuju berlakon bersama," katanya kepada mStar.




Terdahulu, Haneesya turut berkongsi salah satu babak melibatkan dia dan Nor Hasnida dalam drama berkenaan di Instagram.

Dalam pada itu, Haneesya berkata, ibunya pernah melibatkan diri dalam bidang lakonan ketika zaman muda namun memilih melupakan impian berkenaan.

Ini kerana, ketika itu bapanya ingin ibunya menjadi suri rumah sepenuh masa dan memberi perhatian kepada keluarga.



"Pada waktu itu, ibu mendengar permintaan ayah yang ingin dia memberikan perhatian kepada keluarga. Jadi ibu terpaksa melupakan hasrat berlakon," ujarnya.

Sementara itu, Haneesya tidak kisah sekiranya selepas ini ibunya mahu meneruskan minat dalam bidang lakonan jika ada tawaran bersesuaian.

Baginya, apa sahaja yang terbaik buat ibu kesayangan pasti mendapat sokongan daripadanya dan adik-beradik yang lain.



"Ibu saya memang seorang yang tak boleh dijangka. Jika selepas ini ada lagi tawaran berlakon untuk ibu, kenapa tidak?

"Saya boleh pujuk dia lagi... tapi kalau tidak pun, ibu mmang sentiasa berada di sisi menguruskan kerjaya saya," katanya.



Drama Roti Cicah Susu turut dibintangi oleh pelakon Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya dan Fizz Fairuz.

Ia diarahkan oleh Azman Yahya dan sedang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-10-2022 12:22 PM
Alhamdulillah...ada cerita lain yang positif selain cerita skin color dia.
Quote KamikuP 27-10-2022 12:52 PM
Moga Nor Hasnida tak pegi clubbing bila drama jadi bualan netijen
Quote bulalof 27-10-2022 12:54 PM
KamikuP replied at 27-10-2022 12:52 PM
Moga Nor Hasnida tak pegi clubbing bila drama jadi bualan netijen

gawd dammit. this is funneyh!
Quote beatgirlX 27-10-2022 12:56 PM
haneesya ni unik...mcm Iman..cantik walau gelap
Quote rayriff 27-10-2022 01:27 PM
Semoga maju jaya
Quote nakkomenjugak 27-10-2022 01:57 PM
Pulakk dahhhhhhh
mama noraini keknis 2.0???
Quote LadyCarefree 27-10-2022 02:04 PM
Makdatok. Ni kayu apa ni berlakon? Dahlah cara percakapan langsung xserupa wartawan yg dah jd boss? (I assume dia pegang jawatan tu from the clip).
Quote umbut 27-10-2022 04:37 PM
Nak tgk muka apaknya
Quote cheezel 27-10-2022 11:45 PM
Dia ni cntik jd model je. Xyhla jd pelakon
Quote dudaberhias 27-10-2022 11:56 PM
tapi kenapa maknya berlakon keras kejung persis tebing gittewww...
tapi ok la takde la seteruk mak ros berlakon... moga job berkepuk2 dua2 beranak ni... lupakan yang lepas...
Quote dua_chzy 28-10-2022 12:31 AM
Akak macam ada stoden rupa si Haneesya (dalam drama) ni tapi takleh recall sapa.

Dan mak lagik berbakat dari anak dalam lakonan.
Quote rosedemon 28-10-2022 10:53 AM
tula sape suro dgr ckp apaknya. kan dah tlepas wktu glemer
Quote anilanil 28-10-2022 11:00 AM
Semoga murah rejeki acik nida...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081283 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top