CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Cukup Ibu Mati Di Tangannya,"-Anak Arwah Faziani Rohban Dedah Bapa Tiri Tuntut Duit Berjuta-Juta Ringgit

27-10-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14054| Komen: 131

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarhamah Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman memuat naik satu hantaran di TikTok menyatakan dirinya menerima sepucuk surat daripada mahkamah di mana bapa tirinya menuntut wang bernilai jutaan ringgit.


Menerusi video yang berdurasi 50 saat itu, Irdina atau mesra di sapa Gegirl meluahkan bahawa dia ketar ketika menerima surat tersebut dan menganggap ia sebagai ujian Allah.


Foto: Tiktok

“Assalamualaikum, Ya Allah Ya Rabb… Dugaan dan ujian apa lagi yang aku terpaksa harungi. Aku berdoa Engkau kuatkanlah diri aku ini untuk aku dapat pikul ujian ini.

“Hari ini aku menerima satu surat mahkamah dari peguam bekas bapa tiri aku yang menuntut wang berjuta-juta daripada aku,” tulis Irdina.

Malah, Irdina turut membuat dakwaan mengenai sikap sebenar bapa tirinya.

“Tidak cukup ibu aku meninggal dunia ditangannya, kemudian pula abang aku dilaporkan kepada polis kononnya mengugut beliau dan abang aku terpakda tidur dalam lokap selama dua malam.

“Aku, abang aku dan adik aku telah dipisahkan dengan adik bongsu, Qaseh. Qaseh! Kakakmu ini sangat merinduimu,” luahnya lagi.



Dakwanya lagi, bapa tirinya itu sering memberi tekanan kepada dirinya dan adik beradik lain selepas kematian ibu mereka, Faziani Rohban.

“Hari ini bapa tiri aku mahu menuntut wang berjuta-juta pula daripada aku. Tekanan demi tekanan daripada dia yang aku dan adik beradik terima,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irdina berharap bapa tirinya itu tidak akan tarik balik kes seperti kes yang dihadapi abangnya dulu dan dia berharap dapat mendedahkan segalanya di mahkamah.

“Aku berharap beliau tidak sesekali menarik balik kes sebagaimana kes abang aku. Nak celup pekasam biar sampai ke lengan. Bukan acah-acah tunjuk berani, sampai setengah jalan lengan dah tarik keluar.

“Insya-Allah, aku akan ke mahkamah dan aku akan dedahkan segala-galanya dia mahkamah,” tulisnya.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-10-2022 11:51 AM
Jahat lelaki ni....
Quote Nurdianah 27-10-2022 11:54 AM

Quote rospinki 27-10-2022 11:59 AM
kemampuan arwah belaki baru telah terlaksana dgn harta dan rupa namun harta jua yg menyebabkan dia terkorban anak2 tersiksa. ke mmng dirancang kemalangan ni? jantan tu dah plan siap2.
Quote maharani_gebu 27-10-2022 12:00 PM
fight abes-abesan dik.... jgn bg muka...
Quote white_musk 27-10-2022 12:07 PM
Orang malayu selalu gambarkan ibu tiri jahat
Quote sayawifenikmie 27-10-2022 12:08 PM
arwah dah hbahkan harta siap siap kpd anak2 gamaknya
so .. bapa tiri ni nak figh utkhak fraod dia lah gamaknya
harta sepencarian lagi

soalan: utk harta / duit yg telah dihibahkan, adakah boleh dituntut harta sepencarian?
Quote AKAZ85 27-10-2022 12:09 PM
Setan betul pak tiri ko dik.. Dah laa eksiden sebabkan dia.. Lepas tu nayakan anak2 orang tu sampai masuk jail.. Lepas tu ko nak tuntut pulak harta orang tu untuk kesenangan hidup ko dengan bini ko.. Celaka betul laa
Quote mehmet 27-10-2022 12:11 PM
Tak cukup ketet melambung² tayang Sana sini. Celaka Manusia ini.

Semoga Allah SwT melindungi anak² yatim. Walaupun anak² yatim besar panjang tetap Aku doakan Semoga Urusan kalian dipermudahkan.
Quote putericahaya999 27-10-2022 12:11 PM
Harta sepencarian mmg boleh dituntut
Quote Suchi 27-10-2022 12:12 PM
Hari tu abang dia kawen kan? Nampak ada kerusi kosong buh nama adik dorang Qaseh tu. Masih harap Qaseh tu datang kot.
Ikutkan masa arwah mak dorang hidup lg, mmg rapat bonding dorang adik badik termasuk adik bongsu ayah lain tu dan ank ayah tiri dia kan.
Iols lupa dh yg igt dulu dorang mmg rapat sbb arwah mmg nak begitu.
Tup2 bila mak meninggal, keluarga berpecah dua.
Quote mehmet 27-10-2022 12:12 PM
Tak malu. Bebal.
Quote s@s@ 27-10-2022 12:17 PM
Dulu pernah dgr kuliah sebelum masuk waktu jumaat.
org yg menyebabkan kematian contohnya macam dia bawak kereta eksiden, bapaknya meninggal.
anak yang drive tu macam x layak or x boleh terima faraid harta bapaknya.
Quote apech 27-10-2022 12:17 PM
sayawifenikmie replied at 27-10-2022 12:08 PM
arwah dah hbahkan harta siap siap kpd anak2 gamaknya
so .. bapa tiri ni nak figh utkhak fraod dia la ...

tidak boley
Quote prettyuglybabe 27-10-2022 12:53 PM
gi je court fight habis-habisan..
Quote Solokkk 27-10-2022 12:55 PM
Lawan jer….
Quote Purplehaz 27-10-2022 12:59 PM
sayawifenikmie replied at 27-10-2022 12:08 PM
arwah dah hbahkan harta siap siap kpd anak2 gamaknya
so .. bapa tiri ni nak figh utkhak fraod dia la ...

Harta yg sudah dihibahkan boleh dituntut oleh waris yg tidak dapat. Mmg ada law yg bole fight kat mahkamah.

Cthnya ibu wariskan hibah ada surat di Amanah Raya semua harta ke anak petempuan, anak lelaki yg x dpt boleh tuntut dgn syrat harta tu belum dijual atau duit belum digunakan.
Wallahualam.
Quote lattehazelnut 27-10-2022 01:01 PM
Isteri baru ingat kawin dgn jutawan sekali hahahaha..
Quote Purplehaz 27-10-2022 01:02 PM
Sbb I dah check kat amanah Raya, so the best solution ialah tukar nama siap2 kat geran harta tu. Hibah ni x berapa kuat..kalau waris faraid tuntut.
Quote bakingsoda 27-10-2022 01:04 PM
rospinki replied at 27-10-2022 11:59 AM
kemampuan arwah belaki baru telah terlaksana dgn harta dan rupa namun harta jua yg menyebabkan dia t ...

tgk kete remuk belah mana tu pon mmg fishy

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.086521 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top