CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu RM80 Dah Selesai, Tapi Netizen Kata Norreen Sepatutnya Kena Bayar Lebih?

26-10-2022 07:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2225| Komen: 8

Seperti yang dijanjikan, pelakon Norreen Iman akhirnya membayar semula bayaran ‘review’ RM80 yang diterima pada 2018 kepada founder produk.

Menerusi perkongsian di Twitter, individu tersebut mengatakan Norreen secara peribadi menghantar mesej di Instagram meminta nombor akaun bank untuk membuat pembayaran.


IG Norreen

Individu tersebut turut menjelaskan dia hanya berkongsi cerita di laman sosial namun tidak menyangka perkongsiannya itu membuatkan Norreen dikecam netizen.

“Alhamdulilah @norreen143 sendiri dah DM untuk refund balik. Benda dah lama sebenarnya saya tak kisah pun fasal duit tu. Saja kongsi cerita, tak sangka pula ramai kecam dia.


“Apa-apapun kes dah selesai ya. Saya puji Norreen sebab berusaha cari IG saya untuk DM ganti balik duit,” tulisnya yang turut memuat naik paparan skrin perbualan mesej mereka.


Add Image Caption Here


Bagaimanapun, terdapat netizen meninggalkan komen dengan mengatakan Norreen sepatutnya membayar lebih RM80 disebabkan kesan inflasi.

“Jumlah yang sepatutnya dia kena bayar balik, kena kira sekali la inflasi. Relax saja ambil duit orang tapi tak buat kerja. Apa punya orang la mcm ni,” tulisnya.




Sebelum ini, Norreen mengakui kesilapannya tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran RM80 sekitar 2018.

Menerusi video di Instastory, Norreen memberitahu dia terlepas pandang untuk melangsaikan tugas tersebut disebabkan ketika itu sedang rancak mengambil banyak tawaran ‘review’.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-10-2022 07:59 PM
Saja kongsi cerita, tak sangka pula ramai kecam dia.


acah2 naif pulak…  hahaha…  tapi padan muka influenza yang suka makan duit tak betul…  si noren tu konon suruh dm…  orang tu dah balas barang dah pos tapi ko tak balas pun…
Quote winky1 26-10-2022 08:02 PM
True.   RM80 then is not the same in value .. ...itu pun nak kena pesan kaa...where is the common sense...
Quote Carcosa 26-10-2022 09:26 PM
Agak defensive jua DM from si gundu pemakan babs ni. Retis mmg mcm ni eh? Tak pernah nya salah diorang. 100% suci bebas dosa, dan bebas mistake.
Sama dgn bohsia tua perasan chef masak sedap tu
Quote mawardia 27-10-2022 08:26 AM
Laa tiber tak kisah pulak?
Abis u crita kat twidder tu kenape.
Dah dpt duit, tiberrrr tak kisah.
Quote KamikuP 27-10-2022 09:27 AM
Padan muka netizen yg hadap sgt influenza buat review.. RM80 diwhoayusskan sajork oleh noreen pemakan b@bi nih... ekekeke
Quote babelina 27-10-2022 10:41 AM
heran pn tidak si bnoreennnnnnn nie...
tp mmg aku x bkenan ngn dia.. blakon pn over..
Quote bottombikini 27-10-2022 12:46 PM
Edited by bottombikini at 27-10-2022 12:50 PM

perangai dak2 twider
dah canang seluruh alam ujung2 tak kisah
dah atas alasan apa yg kau rasa bitter sampai kena bagitau org

yihhhh
Quote iolss 27-10-2022 01:35 PM
babelina replied at 27-10-2022 10:41 AM
heran pn tidak si bnoreennnnnnn nie...
tp mmg aku x bkenan ngn dia.. blakon pn over..

same beb..... semakkk. mulut tu hansuang betui. sk ckp lucah. xtau cane org ble suka..knn be yourself la.. hello..
muka biar buruk tp jgn perangai pon buruk tauuu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042028 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top