CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Amanah, Salah Guna Harta Dan Pengubahan Wang Haram-Nasib Syed Saddiq Diketahui Jumaat Ini

26-10-2022 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1383| Komen: 16

Nasib Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan iaitu subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram akan diketahui Jumaat.


Keputusan sama ada Syed Saddiq dilepas atau dipanggil membela diri akan ditentukan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, selepas mahkamah selesai mendengar hujahan lisan daripada pendakwaan dan pembelaan sebelum ini.

Sekiranya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie, bermakna Syed Saddiq akan menjalani proses bela diri manakala jika sebaliknya Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan.


Foto: Kosmo

Sepanjang prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes perbicaraan selepas 30 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-10-2022 10:19 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  

awek-sebelah-ketiak-saqqid-youtube (1).jpg
Quote bakingsoda 27-10-2022 08:08 AM
kalau tak dilepaskan, adakah hilang kelayakan bertanding pru? ke boleh je selagi tak disabitkan bersalah?
Quote Page88 27-10-2022 08:17 AM
Hhhmmm.....
Quote Page88 27-10-2022 08:17 AM
Hhhmmm.....
Quote ashilalat 27-10-2022 09:03 AM
Muda muda dah ada kes. Sok kalao hidup selama mahathir, mahu 10 anak jd bilionair kalau dibiarkan berkuasa lepas ni. Lg hebat dari org tua tu.
Quote mayaHD 27-10-2022 09:05 AM
semoga bersalah dan kena jail macam abg najibun, ok je kalu kena jail cenggitu
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 09:09 AM
bakingsoda replied at 27-10-2022 08:08 AM
kalau tak dilepaskan, adakah hilang kelayakan bertanding pru? ke boleh je selagi tak disabitkan bers ...

Ikut riwayat Lobakman Adam, kalu disabitkan kesalahan penjara 364 hari 23 jam 59 minit, tetaplah tak hilang kelayakan bertanding wakil rakyat, hanya kalu kena penjara lebih setahun baharu tabley macam bossku 12 tahun!

[youtube]1Jh7g1ZhtMY[/youtube]
Quote bakingsoda 27-10-2022 09:36 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-10-2022 09:09 AM
Ikut riwayat Lobakman Adam, kalu disabitkan kesalahan penjara 364 hari 23 jam 59 minit, tetaplah t ...

siyes? habis nape tian chua dulu tak boleh bertanding sbb penah kena denda je pon 2k kes hina polis?

https://www.malaysiakini.com/news/421993
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 09:38 AM
bakingsoda replied at 27-10-2022 09:36 AM
siyes? habis nape tian chua dulu tak boleh bertanding sbb penah kena denda je pon 2k kes hina poli ...

Sebab denda 2 ribu minimum threshold nya
Quote bakingsoda 27-10-2022 09:44 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-10-2022 09:38 AM
Sebab denda 2 ribu minimum threshold nya

denda 2k tu kira hukuman lebih besar ke dr penjara <1 tahun? lagipon:
"Ini tidak adil kerana pada PRU lalu, mahkamah menetapkan denda RM2,000 tidak menyebabkan hilang kelayakan (untuk bertanding pilihan raya).

"Tetapi mereka (SPR) mendakwa ketetapan itu tidak terpakai pada pilihan raya kali ini," katanya.
Quote KamikuP 27-10-2022 10:20 AM
Moga bersalah dan duduk dlm satu sel dng bosskur
Quote Orix 27-10-2022 10:39 AM
Haritu dgar dia berucap, saling x tumpah spt bangnon style nya
Quote rosedemon 27-10-2022 10:50 AM
watevalah sodiq.
Quote Perwira2022 27-10-2022 10:59 AM
Ambik masa puluhan tahun untuk Najib jadi corrupted.

Tapi Syed Saddick cukup beberapa belas bulan sahaja untuk jadi korup.

Sebab tu aku kata seburuk-buruk UMNO BN, jauh lebih buruk lagi PH yg baru 22 bulan memerintah dah ada macam2 kes rasuah besar di kalangan menteri.... Belum lagi kes kes rasuah peringkat pemimpin mennegah & bawahan...

Rasuah + hipokrit.
Jijik!!
Quote Perwira2022 27-10-2022 11:01 AM
kakikuDibibirmu replied at 26-10-2022 10:19 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman a ...

Bulu lebat bau lebih kepam.. Moisture level tinggi kat celah2 bulu tu.. Bakteria banyak
Quote Acikgomen 27-10-2022 11:06 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-10-2022 09:09 AM
Ikut riwayat Lobakman Adam, kalu disabitkan kesalahan penjara 364 hari 23 jam 59 minit, tetaplah t ...

Heshe pun ke dalam jugekkk walaupun sebulan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.173774 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top