CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Jadi Rakyat Biasa Je- Parti Politik Ajak Berkempen, Adam Corrie Tegas Tolak!

26-10-2022 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 883| Komen: 1

Adam Corrie Lee menyuarakan penegasannya yang enggan terlibat dengan mana-mana parti politik.

Kata Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 54, dia tidak terfikir untuk ke arah itu kerana mahu menjadi rakyat biasa.


Justeru, pelakon itu meminta maaf kepada semua parti politik yang menghubunginya untuk mengajak berkempen.

Foto: IG

“Minta maaf kepada parti-parti politik yang menghubungi saya mengajak untuk berkempen bagi parti mereka.

“Saya tak mahu terlibat dengan politik. Nak jadi rakyat biasa sahaja. Terima kasih,” katanya.


Bagaimanapun, Adam tidak mendedahkan nama parti yang menghubunginya.



Di Malaysia, ramai selebriti pernah terlibat dengan kempen untuk parti politik pada siri pilihan raya umum (PRU) contohnya ketika PRU ke-14 (PRU14) pada 2018.

Antaranya Rosyam Nor, Wan Aishah Wan Ariffin, Zainal Abidin, Norman KRU, Khir Rahman dan Anne Ngasri.



Untuk PRU15 kali ini, beberapa selebriti popular dilihat aktif menyertai parti politik masing-masing seperti Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac dan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Shiro. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-10-2022 11:38 AM
tak ada sape yang kesah bang oiii

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059018 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top