Impian gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian apabila isterinya mengalami keguguran.
Isteri Rody iaitu Niena Azman memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik pada Rabu. "Buat pemeriksaan hari ini tak ada dah. Maaf sayang, dia harapkan baby girl tetapi belum rezeki kami. "Insya Allah suatu hari nanti okay... doakan kami.
Semuanya kembali normal. Kosong dah. Ramai yang kata anak syurga. Terima kasih semua," tulisnya di Instagram. Dalam pada itu, Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan berkata, sekiranya selepas ini mereka dikurniakan rezeki anak lagi, mereka bercadang untuk memberi nama 'Baby D' sebagai tanda peringatan kepada Allahyarham anak mereka tersebut.
"Semua ini sudah tertulis... Encik Mi cakap selepas ini tak mahu letak Baby C, terus Baby D sebagai ingatan kami kepadanya. "Walaupun seawal dua bulan tetapi dia cakap itu anugerah kami," katanya.
Rata-rata peminat turut bersimpati dan mendoakan agar pasangan ini dikurniakan lagi rezeki menimang cahaya mata perempuan. "Semoga Allah kurniakan rezeki bayi perempuan tidak lama lagi. Semoga terus kuat. Semoga dikurniakan lagi rezeki, Insya Allah. "Bayi syurga menanti ayah dan ibu di sana. Salam takziah. Insya Allah ada lagi rezeki selepas ini," komen pengikutnya.
Untuk rekod, Rody atau Mohd Rodi Baharudin dan Niena melangsungkan perkahwinan pada 27 April 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adithya Jabbar, 3 dan Barie Habibullah yang kini berusia dua tahun. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|