CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Joe Primed Masuk ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-paru

26-10-2022 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1748| Komen: 7

Pemain gitar terkenal, Joe Primed berdepan detik mencemaskan apabila anak sulungnya, Sarah Nisa, 25, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini, akibat jangkitan kuman di paru-paru, semalam.


Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, Sarah Nisa mulanya diserang asma yang kuat kira-kira jam 5 pagi dan mereka membawanya ke klinik untuk rawatan.


Joe bersama anak sulungnya, Sarah Nisa.

"Dia diberikan topeng pengabut (nebulizer) tapi pada jam 9 pagi dadanya kembali sesak dan kami bawa semula ke klinik buat lagi 'nebulizer'.

"Namun, semasa buat rawatan ini, keadaannya semakin lemah dan doktor minta segera dibawa ke hospital pada jam 10 pagi. Sarah Nisa ditempatkan di wad kecemasan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari sementara menunggu keputusan ujian darah," kata bekas pemain gitar Wings itu kepada Harian Metro.

Joe berkata, sebaik mendapat keputusan, doktor menyarankan Sarah Nisa dimasukkan ke ICU kerana ada jangkitan kuman di paru-paru.

"Saya sangat terperanjat serta kasihan tengok keadaan isteri pada masa itu," katanya.

Bagaimanapun, Joe bersyukur kerana keadaan Sarah Nisa kini bertambah baik berbanding semalam.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada 'followers' (pengikut) dan rakan-rakan yang mendoakan. Iringan doa itu sangat penting dalam keadaan sebegini," katanya yang turut berkongsi perkara itu di media sosial.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 26-10-2022 02:46 PM
Joe Primed mana lak ni...Joe Wings e?
Quote salimrock 26-10-2022 03:57 PM
tu la ada baca juga kt FB, semoga anak joe branko cepat sembuh...

tptak mention sakit apa...

Quote Goodluckdontcry 26-10-2022 04:00 PM
Joe primed..Joe branko..Joe wings...Joe ngang..Joe yah..Joe labu...glamer BTL Nama Joe ni.. kehkehkeh

Semoga Anaknya sihat semula..
Quote BellaThePrinces 26-10-2022 04:06 PM
masih bharap joe kembali bersatu dgn wings/awie.

smg anaknya kembali sihat walafiat.
nmpk lah joe ni sejenis setia dgn seorg isteri dan bapa yg penyayang utk anak2.
Quote babelina 26-10-2022 04:34 PM
sempat jadi hero filem.. sbb hensem joe nie..
moga ank nya cpt sihat dan dpermudahkn segala urusan.. amin yra..
Quote Omai 26-10-2022 04:38 PM
manis anak dia..
Quote ilahaz 26-10-2022 05:30 PM
semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.142270 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top