CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Tercampak Keluar Selepas Kereta Dirempuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

26-10-2022 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1557| Komen: 11

Seorang lelaki tercampak keluar dari kereta dipandunya selepas dilanggar sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Kosas di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital keesokan hari.


Keadaan kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Kosas, Ampang pada Selasa.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja telah melanggar sisi kereta Perodua Alza dipandu mangsa yang sedang membelok ke kanan masuk ke Bandar Baru Ampang.


"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari keretanya.

"Kedua-dua pemandu lelaki mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pada keesokan kira-kira jam 7 pagi, mangsa iaitu pemandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian salah seorang pemandu yang gagal mematuhi lampu isyarat merah hingga menyebabkan kemalangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tambahnya, saksi bebas yang menyaksikan insiden terbabit diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 26-10-2022 02:11 PM
Hari ni dua berita akak baca mangsa yang meninggal umur 32 sis. Siapa umur 32 tu jaga2 sis kohkohkohkoh.
Quote prettyuglybabe 26-10-2022 02:21 PM
bila seat belt jadi perhiasan..

Quote paz 26-10-2022 02:38 PM
Pakai lah seat belt tu. Ada sebab kenapa dia direka.
Quote syamzana 26-10-2022 02:47 PM
seram kalau kat traffic light camni la. smpai tercampak keluar
Quote imransulaiman 26-10-2022 03:10 PM
Sedih bila kes macam ni...disebabkan kecuaian orang lain, ada pihak yang turut jadi mangsa. Sama macam arwah abang burger tu..

Terpelanting keluar kereta tu tak pakai seatbelt lah kan. Atau jenis yang pakai seatbelt sekadar untuk matikan lampu warning.

p/s tu Alza model baharu kan?
Quote Sazreena 26-10-2022 04:01 PM
Dari tepi ek..kuat rempuhan tu.
Quote shernazz 26-10-2022 04:05 PM
imransulaiman replied at 26-10-2022 03:10 PM
Sedih bila kes macam ni...disebabkan kecuaian orang lain, ada pihak yang turut jadi mangsa. Sama mac ...

Alza model.lama...
Paling baru lah kiranya dalam versi lama.tu...

Quote kepompong 26-10-2022 04:08 PM
pooh~key replied at 26-10-2022 02:11 PM
Hari ni dua berita akak baca mangsa yang meninggal umur 32 sis. Siapa umur 32 tu jaga2 sis kohkohkoh ...

Hari ini harijadi suami ellymazlein yg ke -32 (tak pasti semlm atau harini sbb baca tajuk je tak tengok tarikh)

baru lepas cikcur kat bod gossip  kohkohkoh
Quote bakingsoda 26-10-2022 04:26 PM
imransulaiman replied at 26-10-2022 03:10 PM
Sedih bila kes macam ni...disebabkan kecuaian orang lain, ada pihak yang turut jadi mangsa. Sama mac ...

confirm ke waja yg langgar lampu merah? sb  dlm berita lain pon tak bagi tau sape yg salah antara dua ni
Quote cmf_PariS 26-10-2022 04:32 PM
kesiannyaaa sampai tecampak
Quote Omai 26-10-2022 04:35 PM
kesiannye..
rase tak selamat dah skrg ni walaupun kite dalam kereta ke tempat yg betul/selamat ke.. eee
takutnyee...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.032186 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top