CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Peluk Bayi Terjun Laut Selamatkan Diri Dari Bot Terbakar

26-10-2022 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 889| Komen: 1

Pasukan keselamatan yang melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) berjaya menyelamatkan seorang bayi dan ibunya yang didakwa terjun ke dalam laut ketika bot penumpang KM Express Cantika 77 terbakar.


Bot itu terbakar ketika berada di luar pesisir Pulau Timor di NTT, menyebabkan para penumpang panik dan terpaksa terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri.


Tangkap layar video menunjukkan pasukan keselamatan menyelamatkan seorang wanita dan bayinya selepas terjun ke dalam laut susulan insiden bot terbakar di Kupang. - AGENSI

Ketika kejadian, bot itu membawa seramai 254 penumpang termasuk kru dan sehingga kini, sekurang-kurangnya 13 maut dan 241 penumpang terselamat.


Menurut Ketua Pejabat SAR Kupang I, Putu Sudayana, wanita tersebut memeluk erat bayinya ketika terjun ke dalam laut dan berpaut pada pelampung keselamatan.

“Ibu dan bayi tersebut berjaya diselamatkan ketika pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.

“Kami bersyukur keadaan mereka juga stabil dan tidak mengalami kecederaan, selain kepenatan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Kebakaran itu bermula di bahagian dek atas ketika bot tersebut belayar dari Kupang ke bandar Kalabahi di Pulau Alor.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa akan melakukan siasatan terperinci.

Kebanyakan mangsa yang terselamat dilaporkan memakai jaket keselamatan, manakala sebahagian lagi berenang ke pantai.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 26-10-2022 04:33 PM
kesian nye,..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052987 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top