Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dikejar monyet sebelum menyelamatkan diri dengan memeluk kaki seorang wartawan di Pantai Teluk Cempedak, semalam.
Satu rakaman video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Fareez Azmann, menunjukkan seorang budak lelaki menangis dan berlari sebelum memeluk kakinya ketika membuat liputan siaran langsung. “Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kasihan adik ini kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo. Kasihan dia,” tulis Fareez pada kapsyen video. Hantaran video yang berdurasi selama satu minit tersebut telah tular di Tiktok telah mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.
Ramai penonton yang terhibur akan gelagat budak lelaki tersebut yang memeluk kaki orang asing kerana takut dikejar monyet. “Dapat dengar adik itu terjerit-jerit di awal video,” tulis seorang pengguna di ruangan komen. “Aduhai adik, nasib baik abang ini ada. Kalau tidak, sampai ke sudah awak berlari. Comel,” kata Ayu. Dalam pada itu, terdapat juga komen yang memuji sikap wartawan tersebut yang sangat profesional dalam mengawal keadaan. “Mantap abang. Masih lagi tersusun ayat, kalau saya sudah blank (kosong) sebab ikut jerit sekali,” ujar pengguna lain. “Power (hebat) abang, terus masuk isu monyet dan pelancongan,” komen Shafeeq. Susulan video tular ini, orang ramai turut mengingatkan pelancong untuk berhati-hati ketika melancong ke kawasan tersebut kerana monyet mudah agresif ketika melihat makanan yang dibawa. -CARI Sumber: Kosmo
|
Goodluckdontcry replied at 26-10-2022 06:12 PM
Kehkehkeh dasar monyet jahat...
Den dulu waktu beljr, tgh sedap tidur Hari minggu..sekali rs Kaki b ...
kakikuDibibirmu replied at 26-10-2022 10:11 PM
Ni musti kolej Universiti Kandang Monyet bukan? {:mllaug ...
ADVERTISEMENT