CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norynn Aziz Menyanyi Di Tiktok- Ramai Yang Ketawakan, Netizen Lagi Hebat Siap Ajarkan Vokal

26-10-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4262| Komen: 27

Noryn Aziz mengakui terpaksa mengikut trend dengan memiliki beberapa akaun media sosial termasuk TikTok untuk lebih dekat dengan peminat.

Selepas hampir setahun lebih menggunakan TikTok, Noryn yang juga penyanyi jazz dan guru vokal itu mendedahkan pengalaman diajar netizen dalam aplikasi tersebut antara yang tidak boleh dilupakannya.


Foto: IG

“Seronok ada TikTok sebab hubungan dengan peminat lebih dekat. Namun, saya masih baharu dan memuat naik kandungan mengikut keselesaan saya sahaja.

“Antaranya saya ada berkongsi tentang kelas vokal, tetapi apa yang mengejutkan netizen lagi hebat, mereka ajar saya balik (ketawa).


“Netizen nampaknya lebih tahu dan ada antara mereka pun memang seorang guru vokal. Mereka banyak kongsi tip untuk menyanyi dengan lebih baik.

“Saya tidaklah marah sebaliknya layan sahaja. Ada juga yang ketawakan saya dan bermacam komen yang bukan-bukan. Saya tidak kisah kerana itulah dunia digital orang boleh cakap apa sahaja,” ujar Noryn.



Sambung Noryn, 45, sebagai penyanyi dia tidak boleh menolak daripada mengikuti trend semasa jika mahu kekal relevan dalam industri muzik.

“Walaupun kita penyanyi senior, jangan takut dan sombong untuk mengikuti trend anak muda. Mula-mula memang rasa kekok, lama-kelamaan apabila sudah faham penggunaannya mula rasa seronok,” kata Noryn.




Dalam pada itu, Noryn yang ditemui pada Konsert The Cloth anjuran Persatuan Veteran RTM pada Sabtu lalu mendedahkan, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Kau Satunya pada November ini.

“Lagu Kau Satunya amat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya suntik elemen pop dan lebih mesra dengan pendengar tempatan.



“Saya sedar sebelum ini lagu-lagu terlalu berat elemen jazz dan hanya segelintir orang yang boleh menerimanya.

“Impian saya mahu memiliki sekurang-kurangnya sebuah lagu Melayu yang boleh dinyanyikan bersama dengan peminat,” tutur Noryn.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seripahzeripah 26-10-2022 01:56 PM
Teringat mikel ang ngutuk vida berturban..katanya dlam melesia ni noryn aziz saja yg cantik dan mampu berturban
Quote umbut 26-10-2022 02:17 PM
Taste laki gemuk. Laki 1st dulu pun gemuk
Quote zamzam 26-10-2022 02:19 PM
umbut replied at 26-10-2022 02:17 PM
Taste laki gemuk. Laki 1st dulu pun gemuk

Tp yg kat ganu dulu tu kurus jer.
Quote umbut 26-10-2022 02:28 PM
zamzam replied at 26-10-2022 02:19 PM
Tp yg kat ganu dulu tu kurus jer.

Yg tu sebab kaya
Quote Omai 26-10-2022 04:15 PM
takde la lawa mane ye nenek ni..
Quote rosedemon 27-10-2022 11:20 AM
nenek ni bila nak tobat g ngaji surau
Quote aciksenah 27-10-2022 12:58 PM
umbut replied at 26-10-2022 02:17 PM
Taste laki gemuk. Laki 1st dulu pun gemuk

Janji poket tebal cuhols..

Quote aciksenah 27-10-2022 01:00 PM
Tak dinafikan noryn seorang yang classy...pandai bergaya.
Quote bulalof 27-10-2022 01:08 PM
produk dia apa yg terkesan pun?
Quote zeitabaei 27-10-2022 02:14 PM
umbut replied at 26-10-2022 02:17 PM
Taste laki gemuk. Laki 1st dulu pun gemuk

Bukan taste laki gemuk la ..taste Sheila semua poket gemuk... Dari YG first sampai skrg ni semua hartawan dia rembat ..dgn YG no 2 SBB Islamic Sheol X mampu ikut
Quote umbut 27-10-2022 02:18 PM
zeitabaei replied at 27-10-2022 02:14 PM
Bukan taste laki gemuk la ..taste Sheila semua poket gemuk... Dari YG first sampai skrg ni semua h ...

Yg 1st dulu kaya ye.. lepas cerai sambung bljr itm.. lama menjanda dapat laki ke2
Quote Nenolen 27-10-2022 02:37 PM
Biaq betik si Noreen nie umuq baru 45 thn…masa circa tahun 1998 - 2000 tu kan dia dah kawin…kaka ddk Shah Alam dan pernah ternmpk dia beberapa kali kat stesen minyak…
Quote aldilla_zahraa 27-10-2022 02:54 PM
Nenolen replied at 27-10-2022 06:37 AM
Biaq betik si Noreen nie umuq baru 45 thn…masa circa tahun 1998 - 2000 tu kan dia dah kawin…kaka d ...

Kakak I yang kahwin tahun 1995 pun baru 46 tahun ni, apa yang pelik
Quote Nenolen 28-10-2022 06:57 PM
aldilla_zahraa replied at 27-10-2022 02:54 PM
Kakak I yang kahwin tahun 1995 pun baru 46 tahun ni, apa yang pelik

thn 1995 kaka tak abis degree lagi...kira kaka you jodoh awal gitu...
dah terjawab...noryn bagi umur ikut bulan kelahiran...tu yg tak cukup setahun...
Quote olezzeli17 28-10-2022 07:08 PM
Dia ni lawa tapi tak suka dengar suara dia bila nyanyi.
Quote cikperiukkera 28-10-2022 07:13 PM
seripahzeripah replied at 26-10-2022 01:56 PM
Teringat mikel ang ngutuk vida berturban..katanya dlam melesia ni noryn aziz saja yg cantik dan mamp ...

Aah btol chuols..x dinafikan..mungkin sbb noryn cantik & classy bila pakai turban nampak la “mahal”…retis2 lain pakai turban mcm acik2 nk turun ke sawah je ropanya…even ex binik soltan negara jiran sekali pn..burukss
Quote babyorange 28-10-2022 07:52 PM
zeitabaei replied at 27-10-2022 02:14 PM
Bukan taste laki gemuk la ..taste Sheila semua poket gemuk... Dari YG first sampai skrg ni semua h ...

Sheila?


Quote sharlenetexas 28-10-2022 07:52 PM
cikperiukkera replied at 28-10-2022 07:13 PM
Aah btol chuols..x dinafikan..mungkin sbb noryn cantik & classy bila pakai turban nampak la “maha ...

Headgear sheols dulu borong kat evita peroni.


Quote scrocth 28-10-2022 08:09 PM
Suara dia zaman sister-sister dan fantasi o realiti lagi pleasant utk didengari.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.237439 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top