CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Nasib Yang Baik Dan Hindar Nasib Malang, Umat Islam Sekarang Suka Sangat Buat Isyarat Finger Cross

26-10-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2143| Komen: 19

Haram bagi umat Islam jika mempercayai bahawa melakukan isyarat tangan dengan melakukan silangan jari tengah dan jari telunjuk (finger cross) akan memperoleh nasib yang baik dan menghindar nasib malang.


Itu penjelasan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berhubung trend ‘finger cross’ yang diamalkan segelintir umat Islam ketika ini.

Menurutnya, umat Islam seharusnya mengucapkan salam dan berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kebaikan dan dihindari daripada keburukan.

Foto: Kosmo

“Boleh melakukan apa-apa isyarat atau finger cross atas apa-apa tujuan atau pemudah cara komunikasi dan semata-mata isyarat sahaja, di samping mempercayai sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu.


“Walau bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan, maka hendaklah menghindarinya,” katanya menerusi artikel terbaharu di laman web PMWP.

Katanya, isyarat tangan mempunyai fungsi dan maksud yang tersendiri sebagai pemudah cara berkomunikasi sesama manusia seperti isyarat angkat ibu jari yang menunjukkan tanda bagus.

Jelas PMWP lagi, isyarat finger cross dikatakan amalan masyarakat Kristian pada era awal dan pertengahan agama Kristian namun, dakwaan itu tidak terdapat bukti yang kukuh.

“Malah, isyarat finger cross bukanlah satu isyarat khusus bagi agama Kristian seperti salib bahkan ia tidak diamalkan dalam upacara keagamaan mereka.

“Namun, perbuatan mempercayai keberuntungan dan nasib baik akan berlaku dengan melakukan isyarat finger cross adalah bercanggah dengan ajaran Islam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Imam al-Ghazali di dalam karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din berkata, jika isyarat finger cross ini boleh mendatangkan kejanggalan dan bercanggah dengan adat kebiasaan masyarakat maka hendaklah ia dihindari dan dijauhi. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 26-10-2022 01:13 PM
eh? selama ni aku ingat maksud fingers crossed = semoga jah
Quote prince_marhaen 26-10-2022 02:04 PM
bukan maksud keagamaan...mostly budaya society jahhhh... macam kau gembira tepok tangan... macam kau nak kata sumpah kau angkat tangan, macam kau bagi semangat cakap "chaiyok!" sambil buat tangan bicep tu... sama juga ni.. finger cross "harap-harap berjaya" kira doa secara tak rasmi lah.. cuma yang usetaz bimbang jadi syirik pulak..padahal tu macam "harap-harap menjadi / harap-harap berjaya" macam tu lah... body gestures.
Quote renko 26-10-2022 02:08 PM
pasni minilove lak ada fatwa
Quote salimrock 26-10-2022 02:10 PM
sapa pernah dgr urban legend ni

kalo kita tepuk tangan, tapak tangan dgn tapak tangan maka akan tu terbit seekor setan,

kalo nak tepuk kena tepuk tapak tangan dgn atas tapak tangan yg lain, baru la islamik


Quote BeskotCekelat 26-10-2022 02:44 PM
"touch wood" takde ke? lebih kurang sama gak maksudnya.
Geng2 cina selalu guna
Quote jfq 26-10-2022 02:57 PM
Abis yg ketuk meja touch wood mengharap nothing bad happen tu pun same concept gak
Over analyse sgt apa pun tak boleh
Quote bakingsoda 26-10-2022 04:24 PM
BeskotCekelat replied at 26-10-2022 02:44 PM
"touch wood" takde ke? lebih kurang sama gak maksudnya.
Geng2 cina selalu guna

touch wood = mintak simpang?
Quote Adrif 26-10-2022 09:41 PM
prince_marhaen replied at 26-10-2022 02:04 PM
bukan maksud keagamaan...mostly budaya society jahhhh... macam kau gembira tepok tangan... macam kau ...

I agree. terima kasih untuk pencerahan sis
its just body gesture, nothing to do with religions or faith
Quote kemaruk 26-10-2022 09:47 PM
Edited by kemaruk at 26-10-2022 09:50 PM
bakingsoda replied at 26-10-2022 01:13 PM
eh? selama ni aku ingat maksud fingers crossed = semoga jah

ingatkan fingers cross tu menyerupai ini

Quote rosedemon 27-10-2022 10:36 AM
semua tak boleh apoooo
Quote green~tea 27-10-2022 10:38 AM
prince_marhaen replied at 26-10-2022 02:04 PM
bukan maksud keagamaan...mostly budaya society jahhhh... macam kau gembira tepok tangan... macam kau ...

Hanjeng mana laaa yang assume finger cross ni isyarat keagamaan..


Semua orang diam je lah.. lobai taik je betul
Quote rospinki 27-10-2022 10:45 AM
yg aku tau 'cross finger' ni merujuk pada tanda salib christianity agama mereka, if happen diorg rasa tak confident or hoping somting good result diorg akan buat cross finger gitu. my fren2 ramai christian dulu. oo trgt got 1 lady chiruitian girl time tu dia bf org islam so dalam proses belajar islam..satu hari dia dtg bagitau dia byk belajar dari aku dlm diam2..aku tanya apa dia? u always say bismillah everytime u want to open the door or anything mostly. i also the do the same she said.
wahhh...
Quote Thunderclouds 27-10-2022 10:53 AM
Cross my heart and hope to die
Quote Perwira2022 27-10-2022 10:54 AM
Melayu urban bbnu ramai yg bangang
Quote ifanonline 27-10-2022 10:59 AM
umat islam ucap insyallah la...apa ke bangang nak buat fingers cross bagai ni...umat islam skrg ni banyak makan babi ni
Quote _blackbird 27-10-2022 11:00 AM
abis tu geng capal cult bagaimana pula
Quote kucingitam 27-10-2022 11:33 AM
salimrock replied at 26-10-2022 02:10 PM
sapa pernah dgr urban legend ni

kalo kita tepuk tangan, tapak tangan dgn tapak tangan maka akan tu ...

hahaha ni masa sekolah rendah dulu kawan2 aku ckp camni.. nak tepuk kena tepuk blkg tangan..
Quote kucingitam 27-10-2022 11:34 AM
finger cross, touch wood..biasa je tu..
Quote Samerosie 27-10-2022 11:59 AM
Lagi satu boleh tak jangan ajar budak2 tangkap gambar with "peace" sign sebab most of the time bukannya peace sign tu, but jadi "up yours".  Punya la tengok gambar raya sekeluarga kat kampung, yg kecik2 ni bertudung labuh la bagi tapi tunjuk symbol mencarut.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.106925 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top