CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Jenis Ustaz Ni? Tak Nak Bayar Khidmat Kerja Fotostat, Bagi Cek Tendang RM4,287.70

26-10-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2239| Komen: 12

SEREMBAN: Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu dengan menyerahkan ‘cek tendang’ berjumlah RM4,287.70 bagi perkhidmatan kerja fotostat, empat tahun lalu.


Tertuduh, Muzzamil Soliheen Musa, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya memperdaya seorang individu berusia 45 tahun untuk perkhidmatan fotostat kertas-kertas soalan peperiksaan untuk sebuah sekolah di Lenggeng yang berjumlah RM4,287.70 dengan menyerahkan sekeping cek Ambank Islamic.


Foto: Utusan


Bagaimanapun, tertuduh telah membatalkan cek tersebut yang mana individu itu tidak akan melaksanakan kerja-kerja tersebut jika tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan di Melati Square, Putra Nilai di sini lebih kurang pukul 4 petang, 14 Mei 2018.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam, Mohamed Musthafa yang mewakili tertuduh kemudian memohon jaminan paling rendah atas alasan anak guamnya yang sudah berkahwin mempunyai empat orang anak dengan dua daripadanya bersekolah.

“Orang Kena Tuduh (OKT) merupakan seorang ustaz yang mengajar di masjid-masjid sekitar Seremban dan juga seorang penulis buku. Pendapatan OKT juga tidak tetap sekitar RM3,000 sebulan, malah dia ada penyakit gout yang kronik dan perlu mengambil ubat setiap hari,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 24 November depan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 26-10-2022 12:50 PM
Meh akak ratib sis.

Isle isle isle isle isle isle isle membawa harmoni, dekkkkkk……
Quote renko 26-10-2022 01:25 PM
nanti nerakazen fb melalak
ini suma fitnah
Quote dua_chzy 26-10-2022 01:30 PM
Apsal la kedekut pehtu nak menipu sampai level begini.
Quote Kitty_catz 26-10-2022 01:33 PM
Orang Kena Tuduh (OKT) merupakan seorang ustaz yang mengajar di masjid-masjid sekitar Seremban dan juga seorang penulis buku


setad lindungan kaabah ke ni ???

jaman now buku cek boleh campak noks.. smer dah online payment jew..
Quote pooh~key 26-10-2022 01:37 PM
Kitty_catz replied at 26-10-2022 01:33 PM
setad lindungan kaabah ke ni ???

jaman now buku cek boleh campak noks.. smer dah online paymen ...

Iya kan sister kitty. Bukannya zaman nak bermegah ada pen mahal buat sign cek pun sister. Kohkohkohkohkoh.
Quote salimrock 26-10-2022 02:06 PM
akhir zaman ni, pra alim ulamak sering di fitnoh angkara dajal lakanatulah ,


takkan ustaz makan duit harom kot...
Quote makita 26-10-2022 02:37 PM
Eeee malunya...yg tidak2 perangai setad Muzammil Soliheeen.
Quote Omai 26-10-2022 03:47 PM
kalau polis perut kedepan di kata makan rasuah..
pak ostad perut kedepan gini makan ape pulak
Quote Kitty_catz 26-10-2022 04:18 PM
pooh~key replied at 26-10-2022 01:37 PM
Iya kan sister kitty. Bukannya zaman nak bermegah ada pen mahal buat sign cek pun sister. Kohkohko ...

harusssssssssssss sistur,, jaman tak muleh nak meriak tanyang cek book sama pen mahai dah la ni
kut letak ratus2 ribu atas cek and haplod socmed pun  hanya for show saja sis poohkey oii,, most tu nan hadooooo

buang hat nomo2 depan,, tinggal 000 jewww




Quote rosedemon 27-10-2022 10:31 AM
setad akhir zamnn ginilah ropenya
Quote rogayahtop 27-10-2022 01:45 PM
Alahai boleh je mintak tangguh kalau terdesak sgt. Bukannya org kejam pun kalau dah tau situasi.
Masalahnya ada pulak yg terlampau baik dah kena scam pun taknak file report. Kesian nanti masuk dlm. Lepas tu, org lain pulak jadi mangsa.

Kalau bank in slip tu mmg dah dgr banyak kali kes kena scam berpuluh K.

Zaman QR pay ni pun jangan percaya kalau org tunjuk skrin amount tu check dulu date dgn time. Kdg2 tu dah siap2 edit kat rumah.
Quote Perwira2022 27-10-2022 01:58 PM
Ustaz penyokong DAP... No wonder la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048964 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top