Seorang individu yang membawa sekeping gambar atau ‘photocard‘ idol K-Pop iaitu Suga BTS di hadapan Kaabah menerima kecaman netizen di media sosial.
Gambar tangkap layar dari akaun TikTok yang dimuat naik di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya kurang senang dengan tindakan peminat K-Pop itu membawa gambar idol kegemarannya ke Tanah Suci. Ini kerana ramai yang menyifatkan bahawa tindakan itu agak keterlaluan dan melampaui batas. Malah ada juga yang mengatakan individu berkenaan tidak menghormati kesucian Kaabah.
“Kau nak beribadah ke kau nak bersuka ria pergi Kaabah tu? Aku sendiri naik keliru.” “Memalukan K-Poppers je lah. Sebab ini lah orang selalu marah kalau hal-hal K-Pop.” -CARI |
ADVERTISEMENT