|
Sean Lee bersyukur kerana masih diberi kepercayaan dan tanggungjawab mengacarakan beberapa program televisyen. Sean, 28, berkata dia sudah terbiasa melakukan tugas pengacaraan kerana pada awal kariernya sudah mengambil tawaran mengacara untuk mengisi masa lapang sebagai pelakon.
"Sewaktu baharu berjinak-jinak dalam bidang lakonan, boleh dikatakan saya hanya mendapat satu tawaran lakonan untuk setahun. "Jadi, saya terfikir daripada tidak buat apa-apa baik saya cuba bidang lain seperti menjadi hos," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, selebriti ini mengakui bidang lakonan masih lagi menjadi cinta pertamanya, namun kini dia lebih selektif untuk memilih watak yang sesuai.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.159220 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.