CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar Diberi Nama Najib Dan Mahathir, Selalu Jadi Bahan Ejekan

26-10-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1246| Komen: 17

Jempol: Mempunyai nama Najib dan Mahathir menyebabkan kembar yang dilahirkan pada 1995 sering kali mendapat usikan rakan apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.


Nama kembar tidak seiras itu diberikan bapa mereka, Nor Kaferi Ahmad, 59 yang juga pesara tentera dan ketika itu Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan, manakala Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri.

Disebabkan nama itu, mereka sering kali menjadi usikan rakan, namun tidak pernah mengambil hati, malah turut berkongsi beberapa kenangan lucu yang dialami sebelum ini.

Foto: Harian Metro


"Ketika kami kemalangan di Kuala Pilah pada 2016, doktor yang merawat kami di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) pun terkejut ingatkan kami orang politik, malah turut bergurau kami sudah 'berbaik'.

"Nenek kami yang dimaklumkan mengenai kemalangan menyangkakan Najib dan Mahathir yang kemalangan dan berseloroh memberitahu bila pula dua tokoh politik berkenaan menaiki kereta sama," kata Mahathir, 27 dari Temerloh, Pahang.

Mahathir berkata ketika zaman kanak-kanak, mereka berdua kerap bergaduh sehingga memeningkan kedua ibu bapanya, namun ia berkurangan apabila semakin dewasa.

"Ayah tidak menyangka kami dilahirkan kembar sebelum mendapat idea memberi nama sempena dua pemimpin berkenaan.

"Disebabkan bukan seiras kebanyakan rakan tidak mengetahui status kami sebagai kembar, namun kebiasaan kami mempunyai minat dan aktiviti yang sama dan lumrah sebagai adik beradik kami tidak terlepas daripada bertengkar," katanya.

Najib pula berkata, sebaik tamat pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia bersama Mahathir memohon pekerjaan di sebuah pasar raya di Dungun, Terengganu.

Katanya, permohonan kerja berkenaan diterima, namun dia dan Mahathir menjadi bahan usikan pekerja di pasar raya berkenaan yang berseloroh memaklumkan Najib dan Mahathir datang bekerja.

"Hendak dijadikan cerita pada sebelah petangnya ada pekerja baharu bernama Anwar melapor diri menyebabkan lagi teruk kami diusik.

"Gamat jugalah ketika itu apabila diusik pekerja pasar raya berkenaan namun Anwar tidak kental jiwanya apabila berhenti tidak sampai sehari bekerja, manakala kami berkerja selama satu bulan sahaja sebelum bertukar kerjaya dalam industri minyak dan gas hingga sekarang." katanya.

Najib berkata, menjelang PRU, dia turut menerima usikan rakan namun beranggapan ia adalah normal dan tidak mengambil hati.

Katanya, jika bertemu jodoh, dia dan Mahathir sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama.

"Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kami juga tidak akan lepaskan peluang untuk mengundi dan PRU kali ini kali kedua kami berbuat demikian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 26-10-2022 10:55 AM
"Gamat jugalah ketika itu apabila diusik pekerja pasar raya berkenaan namun Anwar tidak kental jiwanya apabila berhenti tidak sampai sehari bekerja, manakala kami berkerja selama satu bulan sahaja sebelum bertukar kerjaya dalam industri minyak dan gas hingga sekarang." katanya.



patutlah anwar tukar kerjaya jadi pemain bola KLcity..hehehhe
Quote che-cikL 26-10-2022 11:01 AM
Kepada Anwar tersebut, sila munculkan diri di TikTok
Quote plywood 26-10-2022 11:05 AM
kelakarlah cerita ni..
Quote Page88 26-10-2022 11:07 AM
Hhhmmm....
Quote renko 26-10-2022 11:09 AM
hahahahahahahaha
walaupun menyampah tgk dua2
tp nak gak tgk dua2 tu berbaik sblm ajal kita semua
Quote lasagnaklcc 26-10-2022 11:10 AM
Yg nama mahathir tu panggil che det tak
Quote SedihPedih 26-10-2022 11:13 AM
tisu pula hati anwar tu...
Quote Travelo 26-10-2022 11:15 AM
hahah...batak nya bapak diorg ni...kesian...kesian kat korang la jadi bahan sindiran
Quote KamikuP 26-10-2022 11:18 AM
Mesti Anwar kene ejek  kaki sontot khn=uenzz.. tu yg sehari je kerja tu.. ekekekek
Quote Miss.Rara 26-10-2022 11:25 AM
oooo aku ingatkan kembaq tak seiras ialah kembaq lain jantina...

yang ni mmg tak seiras sgt muka.. si mahathir kulit gelap macam abangla sikit
Quote Perwira2022 26-10-2022 11:33 AM
Mak bapak yg paling bodoh jenis bagi nama anak

1. Nama tokoh politik yg diminati. Dia tak fikir tokoh tu boleh terpalit isu aib. Dari disanjungi ramai kepada dibenci ramai. Setiap politicians ada yg suka ada yg benci. Anak ko akan menerima tempiasnya juga walaupun sedikit.

2. Nama panjang nak mampos.. Menyusahkan hidup anak ko seumur hidup hanya gara2 nafsu mak bapak bodoh yg hardup sangat nak bikin gempak

3. Nama anak guna nama2 kebaratan.. Sedar la sikit asal usul ko tu.. Nak sanjung sangat penjajah barat. Minda tu biar bebas merdeka & ada jati diri.

4. Nama anak biasa2 aje tapi sengaja pilih ejaan cara lain yg menyusahkan semua orang... Mak bapak selfish yg dahagakan kelainan tapi menyebabkan anak ko & orang lain susah berurusan.

Yg buat kebanyakannya golongan B40
Quote white_musk 26-10-2022 11:34 AM
haha che death
Quote Goodluckdontcry 26-10-2022 11:42 AM
Edited by Goodluckdontcry at 26-10-2022 11:45 AM
Perwira2022: Mak bapak yg paling bodoh jeni ...


Maaf kome.. no.4 Tu bkn takat rakyat marhaen biasa tp retis2 pun kemain berlumba2 isi Nama dgn ejaan canggih..barulah urban Dan nampak class kononnya...puihh

Bab cite ATS..
Ingtkan mamat rohingya TD..sorg cerah sorg gelap...agak kelakar juga cite ni..tp dlm kelakar, den pasti Ada Kala diorg terasa juga dgn gurauan org lbh lagi yg melampau Sgt bergurau kononnye.. bertabahla dik..
Quote reddots 26-10-2022 11:51 AM
Goodluckdontcry replied at 26-10-2022 11:42 AM
Maaf kome.. no.4 Tu bkn takat rakyat marhaen biasa tp retis2 pun kemain berlumba2 isi Nama dgn eja ...

retis tu pun tahap rakyat marhaen jer la..

tak payah lah nak angkat retis tu level lain dari rakyat marhaen...depa tu ada yg lagi marhaen dari rakyat marhaen
Quote Decaffeinated 26-10-2022 11:55 AM
Perwira2022 replied at 26-10-2022 11:33 AM
Mak bapak yg paling bodoh jenis bagi nama anak

1. Nama tokoh politik yg diminati. Dia tak fikir tok ...

No.3 tu kalau betul ada jatidiri guna nama melayu original bukan nur saiful hasyafah jadah tu.

Kalau terpaksa juga guna nama import, nama berbau western jauh lebih berfaedah daripada berbau unta

btw, kembar ni satu emak lain bapak ka?


Quote Goodluckdontcry 26-10-2022 12:00 PM
reddots replied at 26-10-2022 11:51 AM
retis tu pun tahap rakyat marhaen jer la..

tak payah lah nak angkat retis tu level lain dari ra ...

Tau kome..cuma diorg pun selalu perasan..mereka Di tingkatan berbeza Dr rakyat yg lain..Cuba kome tgk..geng pun sesama retis..tgk LG yg duk berusrah Sana berusrah sinun..Sama juga..sesama retis katakan.. harkkkktuihhhh kehkehkeh...bila PKP dulu pun, memekak konon xdpt bantuan, sedangkan bantuan yg diberi meliputi semua org tmsk retis ni..tp acah2 mereka lain kategori... kehkehkeh BG den, KO LG la retis low level.. oppss...
Quote Hoshhi 26-10-2022 12:01 PM
Haha ni kelakor

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top