CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tergamak Rantai Dua Anak Di Leher, Tangan Dan Kaki Sebab Nakal

26-10-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 991| Komen: 3

Nasib malang menimpa dua beradik berusia tiga dan enam tahun apabila kedua-dua mereka dirantai oleh ibu kandung.

Lebih memilukan, dua beradik itu dirantai di bahagian leher, tangan dan kaki.


Kejadian berlaku di kediaman mangsa Kampung Paken di Tabanan di Bali, Indonesia.

Insiden terbongkar apabila seorang penduduk bernama Sunardi mendengar tangisan kanak-kanak ketika dalam perjalanannya ke Masjid, kira-kira 7.30 malam Sabtu lalu.

Foto: Kompas

Terpaksa memanjat pagar, dia melihat kedua-dua beradik lelaki itu hanya memakai lampin, berada di tepi tingkap rumah.


Rantai besi turut dilihat melilit leher kedua-dua mereka, dengan tangan dan kaki turut dirantai.

Sunardi bersama jemaah masjid yang menyelamatkan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis.

Pegawai siasatan jenayah polis Tabanan, AKP Aji Yoga berkata, siasatan mendapati suspek baru menetap di rumah tersebut selama empat bulan.



"Perkara itu dilakukan oleh suspek bersama teman lelakinya yang menyediakan rantai tersebut.

"Suspek bertindak merantai anak-anaknya kerana nakal," katanya.

Kedua-dua ibu kandung dan teman lelaki didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 26-10-2022 10:36 AM


kesian tengok budak2 tu..
Quote Kurex 26-10-2022 11:11 AM
Asal ada bapak tiri / boypren, mesti mak layan anak kandung macam budak tu hina sangat di mata mak celaka lehnat ni. Tak kisah dari leluhur mana hatta Melayu mulia syurga sekalipun
Quote rosedemon 27-10-2022 10:19 AM
tak guna punya mak mereput la ko dlm neraka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.030711 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top