CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman Mandi Yang Kompleks, Syarikat Jepun Rancang Bina Mesin Basuh Manusia

26-10-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1393| Komen: 9

Sebuah syarikat teknologi dari Jepun, Science Co. Ltd. (Science) mengumumkan rancangan membina mesin basuh yang boleh membersihkan manusia, lapor laman berita Oddity Central pada Ahad.


Syarikat berpangkalan di Osaka dan mempunyai kepakaran dalam inovasi bilik mandi serta dapur itu menyasarkan produk tersebut akan tersedia di pasaran menjelang 2025.


Oddity Central

Digelar  Projek Usoyaro, Mesin basuh menggunakan teknologi buih halus terkini dengan pelbagai sensor pemantauan bersama sistem kepintaran buatan (AI) itu menawarkan pengalaman mandi yang kompleks.

Menurut Science, matlamat Projek Usoyaro bukan sekadar membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, bahkan turut menyediakan ‘ruang penyembuhan’.



Oddity Central

Ketika duduk dalam mesin basuh tersebut, pengguna boleh berehat sambil menikmati bunyi muzik menenangkan selain menonton imej yang dipaparkan pada skrin kalis air di mesin tersebut.

Sensor pada mesin itu akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik selain sistem AI akan menggunakan data yang dikumpul untuk menghasilkan suasana paling selesa. 



Konsep mesin basuh manusia bukan suatu yang baharu kerana semasa pameran Ekspo Osaka pada 1970, syarikat gergasi elektronik, Sanyo Electric mempamerkan produk serupa dikenali sebagai Ultrasonic Bath.



Ia merupakan sebuah mesin basuh manusia yang membersihkan, mengurut dan mengering pengguna di dalam produk automatik yang mempunyai kitaran selama 15 minit.

Konsep Ultrasonic Bath bagaimanapun tidak pernah diperkenalkan sebagai produk komersial.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 26-10-2022 10:07 AM
menarik...pasti laku ni..penuh innovasi
Quote _blackbird 26-10-2022 10:42 AM
ermm ok mesin ni boleh wash hair skali tak? kalau wash hair kena basuh sendiri ermm tak beza pon berendam dengan bathtub sampai tgk ipad & pakai airpod
Quote plywood 26-10-2022 11:38 AM
aku harap boleh diletak dimana-mana ...yamg mana diubah sedikit konsep mesin mandi ini kepada tempat untuk boleh melepak berendam etc jadi bolehlah berendam diberanda kah sambil menikmati pemandangan, lutsinar ker tak tu buatlah pilihan ... sangat penting dinegara-negara bercuaca panas...
Quote Triple_8 26-10-2022 11:40 AM

Quote tripleid 26-10-2022 11:40 AM
idea yg menarik..
Quote Skuau 26-10-2022 12:10 PM
Triple_8 replied at 26-10-2022 11:40 AM

Payah la camni..x nak aku...
Quote margo20 26-10-2022 12:18 PM
Ni mcm bilas je ni takde sental sental daki
Quote sangbara2020 26-10-2022 12:32 PM
dia keringkan sekali ke
Quote Jitu 26-10-2022 04:07 PM
sesuai utk yg malas mandi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042952 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top