Pelakon Elfira Loy akui tidak sampai hati hendak melakukan sendiri kaedah mengeluarkan hingus bayi keduanya yang baru berusia lima bulan di rumah.
Justeru Elfira, 28, membawa puterinya Nur Aria Milayla ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekaligus mempelajari cara yang betul jika anak hadapi selesema. "Nak guna nasal spray ni susah sikit sebab hati tisu and takut takut. Sebab tu lah El (Elfira) bawa ke hospital untuk check dan juga minta ajarkan bagaimana nak guna. "El pergi klinik semua macam "alah puan boleh tengok kat youtube, spray kanan kiri pastu dah" gituuu patutlah tak sihat sihat anak kita," katanya berseloroh.
Ibu kepada dua orang anak itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan dia berkongsi video yanh sempat dirakam sewaktu anaknya menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Selain berkongsi cara-cara mengeluarkan hingus anak terutama bayi ketika sedang selesema, Elfira sempat berkongsi tip yang diamalkan di rumah jika anaknya tidak sihat. Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla. Sumber: Gempak
|
AkokKocik replied at 26-10-2022 12:06 PM
Aku mmang buat cmni dgn anak sedara bila dorg selsema, nangis kejap jer, xde dah hingus, diorg senyu ...
ADVERTISEMENT