CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Pilih Calon Ada Rekod Nikah Di Siam - PM

26-10-2022 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2483| Komen: 24

Semakan status di pejabat agama yang akan dilakukan BN terhadap calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) parti itu harus dipuji.

Langkah itu untuk pastikan calon yang dipilih untuk bertanding bebas daripada melakukan kesalahan di bawah undang-undang perkahwinan dan undang-undang keluarga Islam seperti nikah di Siam dan tidak membayar nafkah anak.

Dengan inisiatif yang kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini, BN mendahului gabungan parti lain dalam melakukan saringan menyeluruh kepada calon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa dilaporkan berkata, semakan di pejabat agama sebagai tambahan kepada saringan yang ditetapkan sebelum ini.

Sebelum ini, tapisan hanya membabitkan semakan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.


Kata Ismail Sabri, ia kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan kesalahan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.


IG Ismail

Inisiatif BN itu dilihat tepat pada masanya dalam memilih calon yang benar-benar bersih, berintegriti dan berkredibiliti.

Ia kerana, kalau individu yang diangkat menjadi calon itu ada rekod nikah di Siam umpamanya, ia sememangnya akan memburukkan imej parti selain ia akan menjadi modal untuk sesebuah parti diserang parti lain.

Pendekatan itu juga dapat mengelakkan pengundi daripada tersalah memilih pemimpin yang melanggar undang-undang dengan memangkah calon yang ada rekod nikah di Siam atau melakukan kesalahan-kesalahan lain.

Jika undang-undang yang ditetapkan gagal dipatuhi bagaimana calon itu sendiri mahu menggubal undang-undang sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Oleh itu, sewajarnya gabungan parti lain seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA) turut mencontohi BN dengan melakukan tapisan dari segenap sudut.



Seandainya saringan menyeluruh itu diteruskan dalam PRU-PRU selepas ini juga pastinya kaum-kaum isteri akan lega dan rasa 'selamat'.

Maklumlah suami-suami mereka yang bergelar wakil rakyat sudah tentu tidak akan berani untuk tambah 'cawangan' dengan berkahwin di Thailand kerana takut kelayakan mereka sebagai calon akan tergugur.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 26-10-2022 09:54 AM
calon yang masih ada kes mahkamah camna pulekkk???
hihihi.....

berani kasih bersih???
Quote Lentera 26-10-2022 10:01 AM
Tak ada beraninya dia tu.. Dok ikut telunjuk wak jaid je
Quote akuHavocczz 26-10-2022 11:10 AM
LOL! Nikah siam tu takde kena mengena pun dengan rakyat. Kalau macam rasuah, makan duit rakyat, ada kes mahkamah tu baru lah kena tapis. Diaorang nak kawin berapa lantak pi lah apa rakyat nak kisah
Quote Nurdianah 26-10-2022 11:30 AM

Quote totokreturn. 26-10-2022 11:33 AM
alahai, takde modal lain ka, balik2 hutang, lepas tu 1Mdubo, takde info grapic lain ka, patut la dekat PRN melaka dan johor tahun lepas PH hancus, rupanya takdak modal nak hasut
Quote Perwira2022 26-10-2022 11:35 AM
Habis tu takkan pilih calon yang meliwat di Malaysia?
Quote tripleid 26-10-2022 11:36 AM
Edited by tripleid at 26-10-2022 11:38 AM

Menteri Pas tersunyum sinis..

Quote renko 26-10-2022 11:37 AM
tambah sekali
kes mahkamah dgn banduan on going
Quote bakingsoda 26-10-2022 11:52 AM
eiii nak mengata lobai lettew
Quote Decaffeinated 26-10-2022 11:59 AM
Bodohnya syarat tu.

Nikah Siam ka, USA ka apa masalah?

Quote ifanonline 26-10-2022 12:01 PM
kena pastikan wakil2 memang melayu tulin...taknak asal dr indon, bangladesh, turki, filipina, siam, etc
Quote maharani_gebu 26-10-2022 04:20 PM
dulu orang kata pak mail ni bodo ai jatuh kesian.. but now makin dekat PRU makin pekat plak bodo beliau....

* bubar parlimen lepas 3 ari bentang bajet
* tolak debat sebab bukan budaya
* anta surat berbahasa melayu kat pm uk
* ni tolak calon kawen kat siam

oh Malaysia ku!
Quote kemaruk 26-10-2022 04:25 PM
tergelak bangkem

pandai pak mael berseloroh

ciri2 PM pilihan rakyat
Quote lolita737 26-10-2022 04:27 PM
maharani_gebu replied at 26-10-2022 04:20 PM
dulu orang kata pak mail ni bodo ai jatuh kesian.. but now makin dekat PRU makin pekat plak bodo bel ...

kannn.. nak dekat PRU ni macam makin merapu pulak dia cakap..samalah dengan muhyidin.
kalau tengok masa pkp dulu elok nampak baik orangnya..hahahha


Quote hayrin86 26-10-2022 04:38 PM
Bukan itu aje, pastikan tiada sebarang rekod jenayah lampau termasuk dadah dan rasuah. Itu yang paling utama.
Quote tumpanglalu74 26-10-2022 05:36 PM
kemaruk replied at 26-10-2022 04:25 PM
tergelak bangkem

pandai pak mael berseloroh

Ko tergelak ni mesti ade sebab..  Spill tea pliz.
Quote kitmal 26-10-2022 05:41 PM
Lebih baik dari kes mahkamah tak selesai dan kes makan duit rakyat mail oiiii
Quote spankee_fili 26-10-2022 06:52 PM
Hutang trillion pun berebut2 korang semua nak jadik pm kan?
Takkan suci murni niat korang nak setelkan hutang negara??? Hamjad sangat
Quote gorjeous 26-10-2022 07:06 PM
Good. i like..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.045593 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top