CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makan Ubat, Mata Khatijah Tan Dah Mula Kabur

26-10-2022 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2387| Komen: 14

Pelakon veteran, Khatijah Tan, 61, memaklumkan keadaan mata sebelah kanannya mula kabur dan tidak boleh berdepan silau atau berada di bawah cahaya lampu terlalu kuat. 


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Khatijah yang mesra disapa Mak Ngah bagaimanapun berkata, perkara itu normal bagi individu yang sudah menjengah usia 60 tahun ke atas.

“Doktor cakap masalah itu normal, cuma saya tidak boleh memandu. Saya memang tidak pernah memandu walaupun ada lesen. Saya ada juga makan ubat supaya dapat sembuh.


Utusan/Gempak

“Apapun, Allah SWT sudah tentukan perjalanan hidup kita dan nikmat sedikit demi sedikit mula ditarik bila menjengah usia begini. 


“Disebabkan itu, saya tidak suka tekanan dan menolak penggambaran yang memerlukan saya berada di lokasi penggambaran terlalu lama. Kalau telefilem, saya memang berlakon kerana sukakan watak yang agak berat,” katanya. 

Mengulas soal lakonan, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini merindui suasana kerja produksi pengarah, Othman Hafsham yang diibaratkan seperti sebuah keluarga besar sejak zaman 1980-an lagi. 

Barisan pelakon sitkom tersebut, kongsinya, memiliki semangat kerjasama yang sangat kuat ketika di set penggambaran dan tidak pernah terlintas untuk membayangi pelakon lain.

“Masing-masing akan ‘memberi’ ketika rakaman diadakan. Saya masih ingat babak ketika selebriti undangan, Allahyarham Datuk Sharifah Aini datang ke set. Masa itu, memang tidak boleh tahan gelak dan saya terpaksa ketawa di bawah meja. 

“Arwah pula memang ‘sangat memberi’ di set dan ad-lib yang kami buat sangat menjadi,” katanya. 

Selain gelaran Mak Ngah, Khatijah juga mula disapa sebagai Mak Jah menerusi saluran You Tube keluarga mereka iaitu Andre Brothers. 

Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilkan mereka sekeluarga, termasuk adik kepada Pierre, Mikail Andre. 

Bagaimanapun, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar ‘suka-suka’ dan bukan mengejar wang. 

“Lepas juga untuk bayar bil. Penonton sudah mula suka sehingga melekat watak Mak Jah. Medium ini lebih dekat dan santai berbanding berada di set penggambaran kerana banyak tekanan perlu dihadapi,” katanya.  

Khatijah kini tinggal bersama suaminya di Ipoh, Perak dan banyak menghabiskan masa dengan membaca buku di rumah bagi mengisi masa terluang.

Katanya, dia gemar membaca buku Tafsir Hamka dan naskhah berbentuk keagamaan sebagai kefahaman serta meningkatkan ilmu. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 26-10-2022 11:58 AM
semoga diberi kesihatan yang baik
Quote umbut 26-10-2022 02:35 PM
Katarak ler tu..kena operate
Quote dudaberhias 26-10-2022 02:38 PM
semoga cepat sembuh amin... iols suka lakonan khatijah tan baru2 ni dalam tiga janda melawan dunia dekat netflix... lawak hokkeh... normah damanhuri dengan kak engku pun meletop...
Quote kucingitam 27-10-2022 11:45 AM
suka Mak Ngah ni berlakon..menjadi je..
Quote ezacbee 27-10-2022 12:14 PM
Suka watak Mak Mohd Adif.

Dalam hidup kita ni, kena ada keberkatan. Barulah hidup kita bahagia.

كبركاتن ....ك.ب.ر.ك.ا.ت.ن
Quote Rachel_Green 30-10-2022 07:40 AM
semoga mak ngah cepat sembuh...memang tak jemu2 tgk ulangan pimai pimai tang tu.
Quote rosewhite 30-10-2022 09:48 AM
Suaminya kerja apa?
Quote simmes 30-10-2022 10:08 AM
Tapi dia ni memang tak drive pun dari muda dulu. Aku pi sekolah selalu nampak acik ni jalan kaki sambil berpayung. & Dia rajin ambil anak dia dekat sekolah rendah.
Jadi ingat sebab masa kecil2 dulu kagum jap nampak retis dekat sekolah
Quote noor2 30-10-2022 10:27 AM
Ada kencing manis ke apa...
Quote imransulaiman 30-10-2022 10:33 AM
Semoga sihat selalu... Aku suka lakonan dia..
Quote cap_ayam 30-10-2022 11:15 AM
Dalam dunia baru ada dia drive kan volvo lama sambil bagi tazkirah kat Adif
Quote dekmieDandy 31-10-2022 03:58 PM
oh no! one of my favorite actress

harap diberikan keishanatan yang baik-baik saja
Quote supernaturalee 31-10-2022 04:51 PM
ezacbee replied at 27-10-2022 12:14 PM
Suka watak Mak Mohd Adif.

Dalam hidup kita ni, kena ada keberkatan. Barulah hidup kita bahagia.

yup...ikonik  

sekali sekala je muncul
tp melekat



Quote pocongkiutss 31-10-2022 04:53 PM
Semoga acik kaf ba ro kaf alif ta nun ceoat sembuh ya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.042640 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top