CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pramugari Sebak, Berlari Peluk Guru Kesayangan Dalam Pesawat

26-10-2022 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1949| Komen: 11

Pertemuan seorang pramugari dengan bekas guru selepas 30 tahun terpisah mengundang suasana hiba di dalam sebuah pesawat di Kanada.

Perkongsian menerusi Instagram Goodnews Movement semalam, memaparkan pramugari bernama Laura membuat pengumuman menyambut penumpang yang disifatkan begitu istimewa buatnya pada 5 Oktober lalu.



“Hari ini merupakan Hari Guru di Kanada (5 Oktober). Kita harus mengaku pasti ada guru kesayangan yang sentiasa berada dalam ingatan sepanjang hidup kita.

“Saya menjadi emosional sekarang kerana hari ini dapat berjumpa guru yang pernah mendidik saya pada tahun 1990, Ms O'Connell yang kini berada di dalam pesawat," ucap Laura memetik laporan Indian Express.


Kongsi Laura, Ms O'Connell merupakan guru kesayangan yang banyak berjasa sejak dari bangku sekolah rendah.

"Dia guru kesayangan saya yang mana kali terakhir saya berjumpa pada tahun 1990. Wanita ini membuatkan saya jatuh cinta dengan karya Shakespeare, membuat saya bermain piano dan mahir dalam alat muzik ini. Malah saya juga boleh menulis esei kerana dia. Terima kasih, Ms. O'Connell. Saya sayang kamu," ujarnya.



Selesai membuat pengumuman istimewa itu, Laura berjalan menuju ke arah gurunya dan momen itu mendapat tepukan penumpang lain.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 26-10-2022 09:43 AM
Adegan yg ingin kita lihat bukan content2 yg merapu tu…betul2 menghargai jasa cikgu dia
Quote KamikuP 26-10-2022 10:15 AM
Elok pulak depan seat cikgu  tu kosong khuenz?
Quote prettyuglybabe 26-10-2022 10:52 AM
kalau FA malaysia lebar macam tu mesti kena kutuk gila-gila kan..
Quote Triple_8 26-10-2022 11:24 AM
Ada ummah satu negara tu jumpa bekas cikgu dia, tumbuk dulu.
Quote Miss.Rara 26-10-2022 11:29 AM
KamikuP replied at 26-10-2022 10:15 AM
Elok pulak depan seat cikgu  tu kosong khuenz?

kannnn
Quote JulietTheOrange 26-10-2022 12:12 PM
flight attendant ke bus attendant tu
Quote kelip2_07 26-10-2022 12:16 PM
klu kt cni FA mcm nie mampos kena kutuk..xcantik la..gemok la
Quote ezacbee 26-10-2022 12:17 PM
Aku penah terserempak cikgu aku. Buat tak tau jelah. Nak sayu lebih2 bukan dia ingat pun.
Quote babynina30 26-10-2022 12:22 PM
ezacbee replied at 26-10-2022 12:17 PM
Aku penah terserempak cikgu aku. Buat tak tau jelah. Nak sayu lebih2 bukan dia ingat pun.

Udahlah cikgu ngaja beribu student kan. Tiap tahun ramai student. Keszah plak cikgu tu nk ingati watak kita dlm hidupnya ?

I jgn kata cikgu. Terserempak dorm mase form 5, 6bln lepas abes spm. Dia dh lupa nama i ??

Sejak itu i tros tak kose nak tego2 org
Quote shi_jewel 26-10-2022 12:26 PM
cikgu pun manusia biasa, mudah terlupa...

unless uol org yang terkenal di sekolah, mungkin itu cikgu tidak akan melupakanmu...
Quote ezacbee 26-10-2022 12:30 PM
babynina30 replied at 26-10-2022 12:22 PM
Udahlah cikgu ngaja beribu student kan. Tiap tahun ramai student. Keszah plak cikgu tu nk ingati w ...

Aku memang tunggu orang yg tegur dulu.
Kalau aku tegur dulu mesti dia akan tanya ko yg mana 1 ek? Memang malas aku nak jawab. Baik buat2 xkenal.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.107359 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top