CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penonton Menjerit Penerjun Udara Profesional Berpusing, Terhempas Ketika Buat Persembahan

26-10-2022 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 913| Komen: 1

Seorang penerjun udara profesional maut selepas terjunam pada ketinggian 304 meter, semasa membuat persembahan ketika perlawanan bola sepak, Jumaat lalu.

The Sun melaporkan, Richard Sheffield, 55, mengambil bahagian dalam aksi lagak ngeri profesional sebelum perlawanan bermula.


The Sun/WJHL

Penerjun udara berpengalaman itu membuat persembahan bersama anggota-anggota pasukan payung terjun dikenali sebagai Jump TN di Sekolah Tinggi David Crockett, bandar Jonesborough.

Penonton bagaimanapun cemas apabila menyaksikan Sheffield menjunam sebelum jatuh terhempas di atas padang.


Rakaman diperoleh stesen televisyen tempatan, WJHL-TV menunjukkan lelaki itu berpusing-pusing di ruang udara sebelum terhempas.

Sheffield dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Penonton di stadium tersebut bertafakur seketika sebelum perlawanan disambung semula.


The Sun/WJHL

"Mendiang merupakan ahli terjunan udara dengan pengalaman selama beberapa dekad dan yang dihormati dalam komuniti penerjun udara," kata Jump TN.

Richard meninggalkan seorang isteri, Kim yang berusia 38 tahun, dan dua anak kembar, Stacey dan Casey.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 26-10-2022 09:51 AM
dah ajal.....terer tara mana pun la kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.035782 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top