CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memang Keluarga Pendatang Tapi Rishi Sunak Rakyat Britain

26-10-2022 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1286| Komen: 9

Rishi Sunak mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Perdana Menteri Britain berketurunan India pertama dan termuda dalam arena politik negara ini.


Kejayaan Sunak turut diraikan pemimpin dan rakyat India termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi, apabila laman sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pemimpin berusia 42 tahun itu yang memperoleh kejayaan istimewa ketika perayaan Deepavali disambut di seluruh dunia.


CNBC

Dalam keghairahan itu, Sunak bagaimanapun meminta rakyat Britain untuk tidak memainkan sentimen ‘pendatang’ dan ‘bangsa’ dalam pelantikannya sebagai perdana menteri.


Dalam ucapannya, Sunak menegaskan, beliau merupakan warganegara Britain dan akan berusaha keras mencurah bakti kepada rakyat negara itu yang menjadi tanah kelahirannya.

Beliau berharap rakyat Britain akan bersatu membangunkan negara dan membuang stigma pendatang pada dirinya dan pada masa sama beliau sendiri akan berusaha keras membantu menyelesaikan masalah melibatkan pendatang asing tanpa izin yang membelenggu negara itu.

“Keluarga saya mungkin pendatang yang berhijrah dari India ke Britain, namun saya dilahirkan di sini, maka saya adalah rakyat Britain.

“Tidak kira apa jua keturunan dan agama anda, anda perlu setia dengan tanah kelahiran anda dan saya adalah rakyat Britain kerana dilahirkan di sini.

“Buang stigma pendatang itu dan saya akan mentadbir Britain sama seperti pemimpin sebelum ini yang hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.


NDTV

Sunak berdepan cabaran besar untuk memulihkan keadaan ekonomi Britain selain mengembalikan kestabilan politik negara ini.

Rakyat Britain kini mengharapkan bekas menteri kewangan itu untuk melancarkan pelan berkesan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang semakin meruncing di negara itu.

Beliau mendapat mandat menerajui Britain selepas berjaya memenangi pertandingan kepimpinan Parti Tory yang menyaksikan saingannya, Penny Mordaunt gagal mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen.

Sunak berkata, usaha menyatukan partinya dan rakyat Britain menjadi keutamaannya selepas menggalas tanggung jawab besar itu.

“Saya berjanji untuk berkhidmat dengan penuh integriti dan berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Liz Truss kerana memimpin negara semasa ‘keadaan yang sangat sukar’.

“United Kingdom (UK) adalah sebuah negara yang hebat tetapi tidak dinafikan kita menghadapi cabaran ekonomi yang mendalam.

“Kita kini memerlukan kestabilan dan perpaduan dan saya akan menjadikan keutamaan saya untuk membawa parti kita dan negara kita bersama,” jelasnya.

Harga bon kerajaan Britain dilaporkan melonjak selepas kemenangan Sunak dalam persaingan untuk menggantikan Truss berakhir kelmarin.


PROFIL RISHI SUNAK

Umur: 42 tahun

Tempat Lahir: Southampton

Tempat Tinggal: London and Yorkshire

Pendidikan: Winchester College, Oxford University, Stanford University

Keluarga: Berkahwin dengan ahli perniagaan, Akshata Murty dan mempunyai dua anak

Parlimen: Richmond (Yorkshire)


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 26-10-2022 09:24 AM
family dia ni jutawan eh? bukan marhaen la ni
Quote totokreturn. 26-10-2022 09:40 AM
seronok la org yindia bila pi UK, bleh buat rumah sendiri
Quote Lista 26-10-2022 09:48 AM
Edited by Lista at 26-10-2022 10:03 AM

Kahwin dgn org kaya, katanya lagi kaya dari raja Charles. Tak tahulah.
Ada buat bisnes kat Rusia mungkin ada kesan sokongan dgn Ukraine kut.
Rakyat Britain dah mula bengang sebab Pm ambil semula Suella Braverman jadi sekretari padahal sebelum tu dia dah kena sack dari kabinet.
Rakyat Britain dah persoal hidup dia terlalu kaya mcm mana dia nak manage org miskin kat Britain tu.Nak hadap provokosi supermacist white lagi fuhhh..
Quote Highflyer19 26-10-2022 10:01 AM
Kalau pendatang tu sedar diri tau bersyukur dan blh assimilate dgn penduduk asal dan kaum majoriti ok aje…
Quote KamikuP 26-10-2022 10:16 AM
Dia bawak tak sami masuk parlimen mcm Msia buat?
Quote Samerosie 26-10-2022 10:28 AM
Edited by Samerosie at 26-10-2022 10:30 AM

Rasanya dia lebih identify being British than Indian.  Tok nenek dia pun kerja dgn british gomen dulu2 and route paling senang to migrate to the UK as the British govt took responsibility to take them in.  Most dtg dari negeri africa, india even dari Malaya pun ada juga.
Edit:  Parents Freddy Mercury pun sama ikut this route migrate ke UK.  Kalau tak kita pun tak de la Queen/Freddy Mercury as we knew it.  Mungkin dia penyanyi Bollywood terkenal pula.
Quote mawardia 26-10-2022 10:31 AM
Sorry nak tanya. Kenapa leluhur asyik sebak sayu claim org hina mereka ni sebagai 'pendatang'. Kemana saje leluhur pegi, mesti ada isu ni.
Quote Bedah.Cun 26-10-2022 11:42 AM
mawardia replied at 25-10-2022 02:31 PM
Sorry nak tanya. Kenapa leluhur asyik sebak sayu claim org hina mereka ni sebagai 'pendatang'. Keman ...

Leluhur hati tisu, mengader2 jer lebih
Quote sharlenetexas 26-10-2022 11:49 AM
Berapa byk thread rishi ni.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.103305 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top