CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kekok Nak Pegang-pegang Suami, Insyallah Saya Akan Cuba Sesuaikan Diri' - Nana Sheme

26-10-2022 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1252| Komen: 9

Penyanyi Nana Sheme telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu. 


Jelas pemilik nama penuh Nur Nabilah Hashimi, 27, dia akui gementar namun dalam masa sama bersyukur apabila sah bergelar isteri kepada Zikri, 31. 


IG Nana

“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang. 

“Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami. 


“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” katanya kepada Gempak. 

Terdahulu majlis pernikahan Nana dan Zikri telah belangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat pasangan pengantin berkenaan. 

Menyifatkan Zikri sebagai seorang yang pemalu, Nana turut mendedahkan hasrat suaminya yang ingin melihat dia menjadi seorang isteri sepenuh masa kelak. 

“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri. 

“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.

“Insyallah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” tambahnya. 


IG Nana

Dalam pada itu, Nana yang manis mengenakan busana serba putih sewaktu majlis pernikahan, telah menerima dua emas dinar sebagai mas kahwin daripada Zikri. 

Selain itu, Nana dan Zikri telah memilih pusat perangingan Bali, Indonesia sebagai lokasi berbulan madu mereka. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-10-2022 09:00 AM
pegang part mn yg kekok tu

5 inci?




Quote prince_marhaen 26-10-2022 09:30 AM
kejap je kekok tu dikkk...dah genggam nanti tak lepas lerrrr...ntah-ntah dua genggam..ehh!
Quote shernazz 26-10-2022 10:03 AM
Lepas kawen takyah dah nyanyi
Hantu buaya je yang iols tau lagu dia neh
Quote sangbara2020 26-10-2022 10:26 AM
xkenal..nextttt
Quote KBW2 26-10-2022 10:27 AM
ba alif di atas ba, ba alif bawah bi
Quote slyfynx 26-10-2022 10:33 AM
Ni nak cerita yang die ni suci la sblm kawen.
X pernah pegang lelaki lain.
Korang ni pun
Sile la puji menggunung
Quote sleepandream 26-10-2022 10:40 AM
iols dah hagak apa komen2 yg bakalan keluar
Quote Pak.dolla 26-10-2022 10:41 AM
Wpun aku x kenai siapa ni..jd pompuan itu wajib ada perasaan malu...
Jgn jd mcm wanita terpaling alim tu, mcm xda malu langsung...asyik cium dan gomol bininya tanpa ada rasa perasaan malu wpun sedikit pun...
Quote Kurex 26-10-2022 10:52 AM
Aku tak kenal kau la!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044742 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top