CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Berpusing Exco Pahang Kemalangan Di Karak

25-10-2022 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1616| Komen: 7

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan berpusing sebelum berhenti di tengah jalan.


Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di Kilometer 49.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak itu berlaku ketika dia bersama keluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.


FB

Ketika ditemui Kosmo! hari ini, Azali memberitahu, semasa kejadian dia bersama isteri dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan selepas menjenguk anak sulungnya di Selangor.


“Tiba di lokasi kejadian, saya hilang kawalan kerana hujan, jalan licin menyebabkan kereta melanggar pembahagi jalan, kemudian berpusing dan berhenti di tengah jalan.


FB

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Katanya, pada masa yang sama, sebuah kenderaan jenis Toyota Innova telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Honda CRV yang dipandunya.


FB

Katanya, dia difahamkan, pemandu Toyota Innova berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 25-10-2022 11:10 PM
Norol tu yang tak menahan tu
Quote insulin 25-10-2022 11:12 PM
Kalau rosak gitu, alamatnya beli kereta baru la, kan?
Quote Tinot7 25-10-2022 11:51 PM
Lebuhraya karak tu mmg merbahaya.. kena bawak keta slow2 giteww..
Quote akies 25-10-2022 11:55 PM
Mujur tak ada kecederaan
Quote airfilterkotor 26-10-2022 12:46 AM
Samada pic tu mirror image atau tidak,
seat belt mana?
Quote yeos 26-10-2022 12:32 PM
takziah... takziah to driver innova tu jugak, mangsa keadaan.
Quote edoraixora 26-10-2022 12:47 PM
kalau hujan, toksah lah bawak lelaju kat lebuhraya karak tu, menempah namanya
dahlah jalan bengkang bengkok, licin lagi
dedulu, longkai suka curah minyak dikala hujan
sekarang taktau lah masih buat ke tak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048656 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top