CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inilah Politik Sihat, Berlawan Hujah Dengan Fakta Dan Data - Syed Saddiq Tempelak PM

25-10-2022 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1342| Komen: 7

Program debat calon Perdana Menteri membolehkan rakyat menilai calon yang ingin diberikan mandat selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kata Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).


Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara pada Mei lalu.


IG Syed Saddiq

“Bagilah peluang kepada rakyat Malaysia nak nilai calon PM kita. Inilah cara politik sihat dengan berlawan hujah dengan fakta dan data.

“Kita kalau nak beli barang pun tengok kualiti. Jangan nanti barang order dengan barang sampai lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata demikian merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan debat sebelum pilihan raya juga bukan budaya Malaysia dan tidak pernah dibuat sedemikian.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak perlu berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, seorang pemimpin perlu berani menjawab persoalan daripada rakyat mahupun seteru politik.

“Pemimpin kena tunjuk pelan dasar dan polisi untuk hala tuju negara. Kena tunjuk pemimpin yang bakal memimpin Malaysia ada kredibiliti.

“Tunjuk kepada rakyat yang bakal PM kita ini berani ambil sebarang cabaran.

“Barulah rakyat confident nak mengundi calon mana nanti. Saya sokong debat antara calon-calon PM diadakan,” katanya lagi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan supaya debat terbuka tiga calon Perdana Menteri dari PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) diadakan sempena PRU15.

Perbahasan itu kata Anwar, perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-10-2022 11:12 PM
Edited by Skuau at 25-10-2022 11:14 PM

Buek ghapo??? pas menang kang...hujah tu bukan 'janji keramat' pung.Takyah cakap banyak(debat)..pas menang buktikan jer melalui kerja..tu jer BUKTI yg rakyat perlu.
Quote axl_bach 25-10-2022 11:12 PM
Ntahnya, lawan lah politik sihat...

Padahal bleh jer cari pemidato dlm UMNO yg padu, kita jer si haramjadah ka jadahharam ka aoa ka depa kata ka Bangnon ka apa ka tu....Dasar populist dia tu mudah sgt nk dipatahkan...Najib dah buktikan,,,,
Quote kakikuDibibirmu 25-10-2022 11:15 PM
awek-sebelah-ketiak-saqqid-youtube (1).jpg
Quote ResellerMaxis 25-10-2022 11:42 PM
Debat is so yesterday. Just make tiktok video of manifesto.
Quote Highflyer19 25-10-2022 11:56 PM
Alahai…pegang sikit pun dah koyak tisu
Quote casper2022 26-10-2022 01:11 PM
bgus la tu... xkan nk cari pemimpin yang pandai baca teks sj.
Quote plywood 26-10-2022 02:28 PM

pos ni luar kotak betul. .. boleh terkedu tak berkutik sekejap bila diguna sebagai peluru, tak kira tempat pulak.. lawan akan terpaksa menyusun nafas supaya dapat mengembalikan semangat juang semula .. hahah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.212232 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top