CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azalina Akan Teruskan Perjuangan Politik Ibu Bapanya Pada PRU-15

25-10-2022 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1023| Komen: 2

Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneruskan perjuangan politik ibu bapanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Ayah dan ibu saya kedua-duanya adalah orang Umno dan Barisan Nasional. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ini.


IG Azalina

"Jadi, insya-Allah semangat perjuangan mereka akan saya bawa seandainya saya dicalonkan dalam PRU-15 akan datang," katanya ketika ditemui Bernama selepas selesai menghadiri pengebumian ibunya Datin Salamah Sheikh Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

Allahyarham Salamah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi tadi selamat dikebumikan pada 2.20 petang.


Jenazah Allahyarham yang sebelum itu dimandi dan dikafankan di IJN, disembahyangkan di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya, Selangor selepas solat Zuhur.

Pada 29 Julai lalu, Azalina kehilangan bapanya, Datuk Othman Said yang meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya kerana sakit tua.

Reda dengan kehilangan kedua-dua orang tuanya, Azalina menyifatkan pemergian ibunya yang masih dalam tempoh idah selepas kematian Othman sebagai sebuah cinta sejati.



"Memang saya sedih dengan kehilangan kedua-dua orang tua saya. Pemergian mereka dalam jarak tempoh yang dekat, tapi mungkin ini cinta sejati, rezeki mereka," katanya.

Selesai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ibunya, Azalina turut menziarahi pusara bapanya yang dikebumikan di tanah perkuburan sama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 26-10-2022 06:47 AM
Dia ni tak payahlah bertanding. Takde sumbangan yg signifikan pun selama jadi YB.
Quote toynme 26-10-2022 09:18 AM
Perwira2022 replied at 26-10-2022 06:47 AM
Dia ni tak payahlah bertanding. Takde sumbangan yg signifikan pun selama jadi YB.

dia bertanding pun dekat tempat org bodoh peghak segala....letak batu pun UMNO menang.....sekian makian pagi ini

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.134633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top