CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Diterkam Harimau Bintang Ketika Ibu Ke Kuil

25-10-2022 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1030| Komen: 7

Seorang bayi maut selepas diserang seekor harimau bintang di Aarey Colony pada hari Isnin.

Kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan, Itika Lot, cedera parah di leher dan kemudian meninggal dunia di hospital.


Kejadian ini berlaku ketika ibu mangsa ke kuil.


Gambar hiasan

“Bayi berkenaan dikatakan telah bergerak keluar rumah lalu diterkam oleh harimau tersebut yang berada di luar.

“Ibu mangsa yang ternampak kejadian itu telah menjerit menyebabkan harimau terkejut lalu menyelinap masuk ke dalam belukar sambil menggigit mangsa,” kata seorang penduduk tempatan.


Katanya lagi, jeritan kuat ibu mangsa menyebabkan penduduk kampung keluar dan melancarkan pencarian.

“Harimau itu berjaya ditemui dan dihalau. Kanak-kanak itu masih bernafas semasa ditemui terbaring di kawasan semak dan dikejarkan ke Hospital Seven Hills, Andheri, namun meninggal dunia semasa rawatan,” tambah penduduk itu lagi.

Ini merupakan kejadian ketiga pada bulan ini, kata G Mallikarjuna, Pengarah dan Ketua Konservator Taman Negara Sanjay Gandhi.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak lelaki diserang ketika sedang menunggang motosikal bersama bapanya.

Dalam kejadian lain, tempat duduk sebuah motosikal yang diparkir telah dikoyakkan oleh haiwan tersebut

Pihak berkuasa percaya, harimau bintang yang menyerang bayi tersebut adalah haiwan yang sama melakukan serangan sebelum ini.

Setakat ini 12 perangkap kamera telah dipasang di kawasan itu untuk memantau pergerakan harimau bintang.

Terdapat sekitar 10 harimau bintang di Aarey. Bandar ini merupakan salah satu kawasan yang memiliki kepadatan tertinggi populasi harimau bintang kerana kehadiran taman negara. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-10-2022 09:15 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote milo_888 25-10-2022 09:22 PM
Kita yg ceroboh kawasan dia.. hingga hilang punca makanan...
Quote Omai 26-10-2022 10:02 AM
takziah.. kesiannye lahai
Quote Itzy 26-10-2022 11:03 AM
Alhamdulillah bayi mati dalam keadaan fitrah sebagai muslim walau mak bapaknya kafir dan nak ke kuil. Untung bayi dapat berada dalam syurga Allah.
Quote Cassieopeia 26-10-2022 11:50 AM
la rumah dkt tmn negara tp rimau lepas bebas ke? tak tutup pintu ke? extra careful la lps ni
Quote copy_paste 26-10-2022 11:54 AM
dah buat rumah kat habitat dia mmg la jd mangsa, dah tu harimau tu kehilangan habitat x cukup makan,apa yg mudah dia terkam je
Quote lolita737 26-10-2022 12:19 PM
takziah pada keluarga mangsa..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031626 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top