Menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom (UK) ke-57, Rishi Sunak, 42, merupakan pemimpin paling muda menjawat jawatan nombor satu dalam arena politik di negara itu.
Sunak juga merupakan perdana menteri bukan daripada kalangan 'kulit putih' yang pertama dilantik dalam sejarah 200 tahun demokrasi berparlimen UK, menggantikan Liz Truss, yang meletakkan jawatan selepas hanya 44 hari berkhidmat. Pesaing terdekat Sunak, bekas perdana menteri Boris Johnson sebelum ini menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri kerana berpendapat tidak lagi mampu menyatukan anggota Parti Konservatif diwakilinya di Parlimen. Ingin mengenali lebih dekat siapa personaliti tampan lagi berpengaruh ini? - Sunak Dilahirkan di Southampton, England pada 12 Mei 1980. - Mempunyai latar belakang pendidikan mampan, bapa Sunak merupakan seorang doktor berketurunan India di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya, juga seorang berketurunan India, mengusahakan farmasi. - Anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat pendidikan di Kolej Winchester yang menelan kos pengajian sebanyak £43,335 (RM232,558) setahun. - Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi sebelum menyambung pengajian di Universiti Stanford, Amerika Syarikat dimana dia bertemu dengan isterinya Akshata Murthy, yang merupakan anak jutawan India, N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys. - Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy di Bangalore, India pada tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Krishna dan Anoushka. - Pada April lalu, isteri Sunak menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan antarabangsanya di United Kingdom (UK) dan kemudiannya bersetuju menyelesaikannya dengan membayar cukai tahunan sebanyak £30,000 (RM160,951). - Bekas penganalisis Goldman Sachs ini juga merupakan ahli politik barisan hadapan pertama yang pernah dimasukkan dalam senarai orang paling kaya di United Kingdom (UK). Kekayaannya bersama isteri dikatakan mencecah AS$800 juta (RM3.8 bilion). - Sunak menyertai persaingan merebut kepimpinan Parti Konservatif pada 8 Julai 2022 menggantikan Johnson. Pada 20 Julai, Sunak menerima pencalonan terbanyak dalam kalangan Ahli Parlimen dari Parti Konservatif. Beliau kemudiannya berdepan dengan Liz Truss dalam undian kalangan ahli parti namun Truss menewaskannya untuk kepimpinan parti dengan 42.6% undi, Sunak kembali duduk di bangku belakang Parlimen. - Sunak memfokuskan terhadap isu-isu imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya termasuk memperjuangkan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa. - Beliau juga berikrar meletakkan komitmen untuk membawa "kestabilan dan perpaduan" ketika negara itu sedang berdepan krisis ekonomi. - Sunak juga dikhabarkan mempunyai hobi mengumpul segala barangan berkaitan jenama minuman ringan popular, Coca Cola. Pernah juga berjenaka dengan rakan-rakan mengatakan dia sememangnya 'penagih Coke' tetapi bukan kokain. Sumber: AWANI
|
sharlenetexas replied at 25-10-2022 09:06 PM
Boris pun ada sedut coke?
apalancut replied at 25-10-2022 09:04 PM
ini adalah kemenangan besar untuk india..
tripleid: respek ummah uk sbb terima non ...
PanadolExtend replied at 26-10-2022 12:18 AM
He was not elected by the UK people pun
tripleid replied at 25-10-2022 10:49 PM
respek ummah uk sbb terima non white jadi PM..ni lah ciri2 negara maju..tak kisah la ko bangsa apa j ...
ADVERTISEMENT