CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kesan Keluarga 2 Kanak-Kanak Main Di Belebas Tingkap

25-10-2022 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2942| Komen: 21

Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak serta bayi yang dilihat berada di balkoni tingkap sebuah kediaman dalam video tular hari ini. 

Difahamkan, video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di balkoni tingkap kediaman di Setapak dekat sini yang dirakam penghuni lain.


Kanak-kanak berdiri di balkoni tingkap kondominium dipercayai di Setapak tular hari ini.

Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat seperti cuba melompat di balkoni tingkap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.


Belum ada laporan diterima (berhubung kejadian itu) dan kami sedang mengesan pelaku (ibu bapa atau penjaga),” katanya.

Turut difahamkan kanak-kanak serta bayi berkenaan selamat dalam kejadian itu. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 25-10-2022 07:58 PM
Polis dah panggil dah both ke balai. Kek umah sey ni.
Quote miszclassique 25-10-2022 08:01 PM
Kat PV18 residence kalau tengok kat fb
Quote ultra78 25-10-2022 08:04 PM
Mak bapak pasang la grill,anak dah suka merayap mcm kucing
[twitter]https://twitter.com/buletinfm/status/1584876628546461697[/twitter]

Quote insulin 25-10-2022 08:43 PM
Pengganti Tom Cruise pada masa depan.
Quote aechae 25-10-2022 09:29 PM
insulin replied at 25-10-2022 08:43 PM
Pengganti Tom Cruise pada masa depan.

A’ah takut xda masa depan je klu duk dibiar mcm tu je..gila apa biar anak or anak terbiar smpai tahap luar tingkap mcm tu…
Quote dua_chzy 25-10-2022 09:31 PM
Ni budak2 adhd ni. Budak2 normal tak buat begini sebab deol tahu dan faham pasal bahaya.
Quote hareeeesah 25-10-2022 10:14 PM
Hey sakan dia berjoget ngeri tgk…
Quote green~tea 25-10-2022 10:20 PM
Pasang le grill dah tau anak2 tu level istimewa.. sampai bila nak denial
Quote R2D2 25-10-2022 10:26 PM
kalau kawasan flat tentu dikutuk rapat pasal B40
tapi sebab kawasan condo
dh tentu bukan level B40
semua terdiam
Quote insulin 25-10-2022 11:01 PM
aechae replied at 25-10-2022 09:29 PM
A’ah takut xda masa depan je klu duk dibiar mcm tu je..gila apa biar anak or anak terbiar smpai t ...

Kat beranda tu penuh dengan baju sedang dijemur. Maybe mak mereka ni busy sangat buat kerja rumah atau tengah tidur. Itu yang tak sedar budak2 tu ada di window ledge tu.
Quote zak@5128 25-10-2022 11:05 PM
Fuh seram. Mcmne la boleh jadi cm tu. Perlu ada grail ke? Kadang bila jd mcm ni, mak bapak yg salah. Tp kadang2 kita tak tau apa yg menybabkn terjadi
Quote Skuau 25-10-2022 11:08 PM
R2D2 replied at 25-10-2022 10:26 PM
kalau kawasan flat tentu dikutuk rapat pasal B40
tapi sebab kawasan condo
dh tentu bukan level B40

jugok..takat ni xde orng tulis..b40..pandai buat anak jer...
Quote Triple_8 25-10-2022 11:17 PM
R2D2 replied at 25-10-2022 10:26 PM
kalau kawasan flat tentu dikutuk rapat pasal B40
tapi sebab kawasan condo
dh tentu bukan level B40

Selesmen kondom diharomkan masuk sini.
Quote syamzana 25-10-2022 11:47 PM
Skuau replied at 25-10-2022 11:08 PM
jugok..takat ni xde orng tulis..b40..pandai buat anak jer...

ni pun layak di kondem dah berduit psg la grille kot ye pun rasa huduh, invisible grille kan ada.
sejenis org kaya tp kedekut tggu anak mati dulu kot
Quote dua_chzy 26-10-2022 12:49 AM
R2D2 replied at 25-10-2022 02:26 PM
kalau kawasan flat tentu dikutuk rapat pasal B40
tapi sebab kawasan condo
dh tentu bukan level B40

Masalahnya nampak macam apartment biasa2 ja. Tak macam condo pun.
Quote KamikuP 26-10-2022 09:15 AM
Meolls x sanggup tengok ngeri lahai
Moga makpak ni tak lalai/cuai dan tak buat anak lagi
Quote Omai 26-10-2022 10:06 AM
bahaya nye lah anak-anak oi... susah payah bapak kau nak mencreet, seksa mak kau nak meneran.. lemah jantung acik nakk
Quote BeskotCekelat 26-10-2022 10:19 AM
Bahaya betul..

Sekarang ni banyak contruction nak save budget, belebas tingkap tu dia buat bukan pakai concrete biasa.

Dorang pakai precast lightweigt foam (Simen campur polisterin), gantung pakai skru & bracket. Kalau pakai menatang ni, tak sempat nak joget2 dah patah & jatuh ke bawah..  
Quote margo20 26-10-2022 10:21 AM
Pernah ternampak budak yg duk keluar kt tingkap mcm ni. Tanya budak tu nape keluar dia ckp nak kutip duit jatuh. Bila check Ade la dlm tiga ringgit cmtu. Pastu aku jerit smpai mak bapak dia keluar. Mak bapak dok intai mmg tak perasan anaknye kt luar. Aku pun tunjuk la kt mana pastu baru la dorang terkejut beruk

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038689 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top