Ketiadaan Ranveer Singh and Deepika Padukone dalam beberapa perayaan besar Diwali yang dianjurkan beberapa selebriti Bollywood telah meninggalkan tanda tanya di kalangan peminat mereka.
Apa sudah jadi dengan Raveena dan Deepika. Mengapa mereka tidak hadir seperti mana Katrina Kaif-Vicky Kaushal, dan Aishwarya Rai Bachchan dan Abhishek Bachchan? Baru-baru ini, sewaktu pereka fesyen terkemuka, Manish Malhotra mengadakan parti Diwali, Ranveer dan Deepika juga tidak kelihatan. Ketiadaan mereka telah mengiyakan lagi khabar berita yang kononnya mereka akan bercerai.
Tapi, tunggu dulu. Ada sebab kenapa pasangan selebriti Bollywood paling serasi dan berpengaruh ini tidak hadir. Menurut laporan Bollywoodlife.com, Ranveer ketika ini sibuk terbang ke sana sini untuk memenuhi tuntutan dan komitmen kerja. Manakala, Deepika pula hanya berehat dan tumpukan pada komitmen kerjanya sahaja. Sengaja dia tidak datang kerana dia tidak mahu menghadiri segala majlis parti itu sendirian. Jika Deepika hadir seorang diri, akan timbullah pelbagai spekulasi lagi yang akan mengiyakan khabar angin tentang perceraian mereka itu. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Deepika pasti akan menyambut Diwali bersama keluarganya di Bangalore. Tapi, sejak berkahwin dengan Ranveer, sudah tentulah Deepika akan menyambut Diwali bersama Ranveer dan keluarga mertuanya. Sumber: Getaran
|
hidet replied at 26-10-2022 01:40 PM
Lepas page88 cerita pasal Miraarajput..iols pun terus turn off dgn dia..hihi
hidet replied at 26-10-2022 01:40 PM
Lepas page88 cerita pasal Miraarajput..iols pun terus turn off dgn dia..hihi
hidet replied at 26-10-2022 01:40 PM
Lepas page88 cerita pasal Miraarajput..iols pun terus turn off dgn dia..hihi
haifawehbe replied at 27-10-2022 04:14 AM
kan iols pun x sangka dunia bollywood sekotor tu.. lagi teruk dari hollywood..
hidet replied at 26-10-2022 01:40 PM
Shahid puj x nampak..asyik bini dia je dok post gambaq posing sorang...tak dijemput keew
hidet replied at 26-10-2022 01:40 PM
Lepas page88 cerita pasal Miraarajput..iols pun terus turn off dgn dia..hihi
acikhan replied at 27-10-2022 05:22 AM
tp die cantik la...cm muka tipikal Malay x bape indian sgt
Page88 replied at 27-10-2022 09:01 AM
Shahid must have been tired, been with the children or just was not in the mood for partying or po ...
mayaHD replied at 27-10-2022 09:08 AM
kat mana story tu? bole bg link
mayaHD replied at 27-10-2022 09:08 AM
kat mana story tu? bole bg link
ADVERTISEMENT