Seorang wanita di Filipina melahirkan anak kedua di dalam kereta sebab tak sempat sampai di hospital. Kejadian itu sempat dirakam oleh suaminya sendiri yang berhenti di bahu jalan untuk menunggu ketibaan bantuan dari paramedik.
Pasangan tersebut menimang cahaya mata perempuan dengan bantuan dari pasukan paramedik yang tiba di lokasi. Difahamkan hospital berdekatan berada 57 kilometer dari rumah mereka.
Pemilik akaun TikTok itu sendiri turut menasihati orang ramai terutamanya ibu-ibu mengandung untuk terus ke hospital sekiranya mengalami contraction yang kerap agar dapat mengelakkan situasi yang tidak diingini semasa berdepan dengan situasi cemas. Perkongsian itu menerima ratusan komen dengan ucapan tahniah dari pengguna TikTok yang lain malah ada juga yang memuji bahawa wanita tersebut merupakan ibu yang kuat kerana mampu untuk melahirkan anak di dalam kereta tanpa peralatan bersalin yang lengkap. -CARI |
Omai replied at 26-10-2022 10:09 AM
ape rasa beranak.. teringin nak rasa
ADVERTISEMENT