Datin Paduka Eina Amzan menerima pujian ramai selepas videonya melayan seorang kanak-akank yang menghidap penyakit kulit serius tular di TikTok.
Dalam rakamn tersebut, Eina langsung tak kekok melayan dan mendukung kanak-kanak yang dikenali sebagai Alya Maisara itu. Difahamkan, Eina dan Alya bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan penyakit ‘ichthyosis’. Dia juga sempat membawanya jalan-jalan di pusat membeli-belah. Ibu kepada Alya menulis, "Insan yang sangat merendah diri. Membantu tanpa balasan. Melayan tanpa status.
"Begitu juga dengan bonda yang sangat baik melayan kami yang bukan siapa-siapa. Begitu hebat didikan bonda hingga dapat anak yang sebaik Eina. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan datin dan keluarga." Sementara itu ramai yang kata Eina Azman adalah seorang yang menyembunyikan amalnya kerana langsung tak tayang kebajikan yang dilakukan di media sosial. |
ADVERTISEMENT