CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Takkan Maafkan Sampai Bila-bila - Isteri Lelaki Maut Dalam Pergaduhan

25-10-2022 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4403| Komen: 31

"Saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila,"

Demikian kata Sarimah Ahmad ,51, isteri Mahadzeb Salleh, 47, yang maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, semalam.


Sarimah berkata, dia terkejut dengan kejadian dan masih tidak dapat menerima kenyataan.

"Saya mahukan keadilan. Saya harap dia menerima hukuman setimpal," katanya ditemui media selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari, di rumahnya, di sini, hari ini.


Jenazah mangsa tiba di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Parit Tok Ngah Atas. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.


Sarimah berkata, arwah pernah bercerita mengenai tindakan suspek yang sering mencuri kelapa sawit milik keluarganya.

"Banyak kali suspek berbuat demikian dan sudah banyak kali juga arwah menegur dan menasihatinya.

"Namun semalam arwah terserempak suspek di tengah jalan dan berlaku pergelutan.

"Sebaik mendapat perkhabaran itu saya dan anak terus ke lokasi yang tak jauh dari rumah namun didapati arwah suami sudah rebah dan tidak sedarkan diri.

"Dia kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Nur Izzati 15 dan Mohamad Irfan, 18 yang masih bersekolah.

Dalam pada itu seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, ketika melalui jalan itu, dia melihat kelibat dua lelaki berada di dalam parit dan menyangka mereka sedang mengutip kangkung.

"Rupanya orang bergaduh. Saya bersama beberapa penduduk segera meleraikan pergaduhan itu dan sebaik kedua-duanya dileraikan, mangsa jatuh terlentang berhampiran motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Sementara itu Abdul Yunus berkata pihaknya menyampaikan bantuan awal kepada keluarga mangsa, pada masa sama akan mengusahakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada balu mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran.

Sementara itu, jenazah mangsa tiba di kediaman pada 4.43 petang dan dikebumikan kira-kira 6 petang di Tanah Perkuburan Masjid Parit Tok Ngah Atas.

Semalam media melaporkan seorang lelaki maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

Dalam kejadian, suspek berusia 40-an ditahan polis sebelum direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Oktober.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-10-2022 07:30 PM
Budak dadah ke?

Quote Meiizu 25-10-2022 07:39 PM
Elok cari keadilan ye macik...jgn duk redha sgt.
Minta pampasan dari kluarga pesalah
Quote Highflyer19 25-10-2022 08:25 PM
Dah mencuri bunuh pulak...
Quote orkid_amani 25-10-2022 08:31 PM
Gaduh sampai ke dalam parit tu lemas ke apa tu arwah yg tetiba naik ke darat jatuh lalu meninggal?
Quote Manjahati 25-10-2022 08:35 PM
Innalillah..takziah
Quote mojarean_X 25-10-2022 08:35 PM
Highflyer19 replied at 25-10-2022 08:25 PM
Dah mencuri bunuh pulak...

Kan...moga lebih byk pertuduhan dikenakan
Quote Tinot7 25-10-2022 08:40 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote ulamalu 25-10-2022 08:49 PM
Sakit jantung ke?
Quote Thunderclouds 25-10-2022 09:13 PM

Suspek in his 40s. Bapak budak mebi.
Quote dua_chzy 25-10-2022 09:34 PM
Mangsa mati sebab sakit jantung ka
Quote sayawifenikmie 25-10-2022 10:29 PM
.. saya  pun nak tanya .. adakah mangsa meninggal sebab serangan jantung?
kalau doktor kata sebab serangan jantung, lepas lah suspek ... kan?
Quote Sheila1987 25-10-2022 11:31 PM
Kes ni tercari gak punca kematian. Setakat ni tak jumpa. Tapi kalau sakit jantung, lepas rasanya suspek.
Quote matamata 25-10-2022 11:44 PM
Rasa sbb serangan jantung...sbb pergaduhan tu dah lerai
Quote Imkhai 26-10-2022 12:09 AM
Dh la mencuri mkn plk duit haram tu elok la perangai sbb kn ko meninggal org xselamat la hidup ko sampai ko mampus hendaknya

Quote zie_indah 26-10-2022 12:44 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun
Quote Buritan 26-10-2022 06:53 AM
Meiizu: Elok cari keadilan ye macik... ...


Oklaa.. family kena bayo sejuta.. kalo family tak mampu cmn.. ape tindakan next nextt.. soklan serius nak tau..

Dulu pernah dengo kes bpk tak mampu bayo nafkah anak.. so tak buat ape pun
Quote shernazz 26-10-2022 08:07 AM
Buritan replied at 26-10-2022 06:53 AM
Oklaa.. family kena bayo sejuta.. kalo family tak mampu cmn.. ape tindakan next nextt.. soklan ser ...

Kawen baru mampu plak kan
Quote Buritan 26-10-2022 08:54 AM
shernazz replied at 26-10-2022 08:07 AM
Kawen baru mampu plak kan

Tu laa.. dah sama tarap dgn kucing yg mai rumah aku ni jeee.. mancut pandai.. anak berlmbk kuar.. bg mkn aku.. pi antar anak dia ke vet aku... kena cari owner baru aku jugak... mengalahkan puaat kebajikan mayrkt dah.. anak kalo putih ramai org nak.. yg kuar itam itam itammm
Quote TabletSusu 26-10-2022 09:11 AM
Buritan replied at 26-10-2022 12:54 AM
Tu laa.. dah sama tarap dgn kucing yg mai rumah aku ni jeee.. mancut pandai.. anak berlmbk kuar..  ...

hahahaha tergelak besar baca luahan ko ni kakak.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.259744 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top