CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mengamuk Jiran Sesuka Hati Potong Rambut Adik Sampai Dibuli Rakan-Rakan

25-10-2022 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 763| Komen: 1

Seorang wanita di Indonesia mengamuk selepas mendapati jirannya memotong rambut adiknya tanpa kebenaran sehingga membuatkan kanak-kanak itu dibuli rakan-rakan, lapor laman berita Berita Hits hari ini.


Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram, wanita tersebut dilihat memarahi seorang warga emas iaitu jiran yang memotong rambut adiknya.


Jiran tersebut (kiri) dikatakan memotong rambut adik wanita berkenaan tanpa sebab yang munasabah. – Instagram

Melihatkan keadaan rambut adiknya, wanita tersebut berasa marah kerana ibu mereka juga tidak menyukai kejadian itu.

“Mempunyai jiran yang sesuka hati memotong rambut anak orang tanpa keizinan,” demikian menurut keterangan pada video yang dimuat naik.

Wanita tersebut dilihat amat marah, namun jirannya dalam keadaan bersahaja meminta maaf atas perbuatannya.

“Berasa amat kesal dan sakit hati selepas lihat rambut adik saya dipotong pada awalnya. Buat pengetahuan, saya telah bawa dia ke salun kerana keadaan rambut itu pada awalnya amat teruk,” kata wanita tersebut.

Tambah wanita berkenaan, adiknya masih menangis walaupun rambutnya telah dirapikan di salun.

Kanak-kanak itu juga dikatakan menjadi mangsa buli rakan-rakannya yang mengejek rambutnya seperti patung dalam siri Netflix popular, Squid Game.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 26-10-2022 01:57 PM
potongan nya kayak dora ya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top