CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina & Adam Lee Nak Berbulan Madu Ke Maldives Atau Eropah Tapi...

25-10-2022 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1378| Komen: 3

Selepas empat tahun menjalin cinta, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee menzahirkan rasa bersyukur majlis ijab dan qabul yang diadakan secara tertutup di Boathouse, Ampang berjalan lancar, semalam.


Menurut Adam, dia memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama Sweet hari ini kerana ingin menyambung tanggungjawab yang digalas oleh ibu mertuanya, Misnah Atan yang telah melahirkan isterinya, pada tarikh ini.


IG Sweet Qismina & Adam Lee

Seperti pasangan pengantin baru yang lain, Sweet dan Adam juga mempunyai destinasi idaman untuk berbulan madu bersama.

Menurut Sweet, mereka sudah merancang untuk berbulan madu sama ada di Maldives atau negara Eropah, namun terpaksa menangguhnya dahulu kerana kekangan masa dari tuntutan kerja.

“Untuk perancangan bulan madu, sepatutnya selepas kami bernikah dan resepsi. Tapi disebabkan kekangan waktu bekerja, kami akan tangguhkan. Insya-Allah, kalau bukan hujung tahun, mungkin tahun depan.


IG Sweet Qismina & Adam Lee

“Destinasi untuk honeymoon actually kami plan nak pergi Maldives ataupun buat Europe trip tapi disebabkan kekangan tu, kami tak ada masalah pun nak postpone sebab dah boleh bercuti bersama bila-bila masa,” kata Sweet.

Mengenai soal perancangan memiliki cahaya mata pula, Adam menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya menyerahkannya kepada Sang Pencipta.


IG Sweet Qismina & Adam Lee

“Untuk perancangan anak saya tidak merancang tapi saya serahkan kepada Allah S.W.T. Kalau ada rezeki saya dikurniakan dengan seorang cahaya mata, maka itulah jawapannya. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, kita cuba lagi,” kata Adam.

Sweet dan Adam turut mengumumkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi di Hotel JW Marriot, Sabtu ini.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 25-10-2022 07:55 PM
Ni hint nk suruh org sponsor kah?
Jahat kan aku? hati itam sgt2
Quote LadyCarefree 25-10-2022 08:25 PM
Maldives bukannya mahal mana. Pergi je lah bebila. Europe tu skrng teket tgh mahal kot nak tunggu murah sikit tahun depan.
Quote Piramida 25-10-2022 08:43 PM
Betul tu.. Dah nikah bebila pun boleh honeymoon sama sama.. Kadang duduk rumah pun dah happy ala2 honeymoon tak gitew.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.094700 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top