CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tak Senang Video Lama Yasmin Ahmad Menyanyi Dikongsi Semula

25-10-2022 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4286| Komen: 15

Di laman TikTok baru-baru ini tular dengan video lama yang menyaksikan seorang lelaki menyertai pertandingan nyanyian pada era 70-80an. 

Yang menjadi perhatian netizen, lelaki itu mirip pengarah filem yang terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad. Akaun TikTok yang dimiliki oleh pelakon teater ini  gemar menyiarkan sedutan drama dan nyanyian artis lama.

Dia menyatakan penyanyi tersebut merupakan Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV.

Foto: Google

“Wajahnya mirip ikon filem Malaysia Allahyarham Yasmin Ahmad. Ini adalah penyanyi Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV . Cara nyanyiannya sungguh memikat dan menarik sekali” tulis akaun TIkTok ini.


Di ruangan komen ramai yang terkejut selepas mendapat tahu kisah lampau pengarah filem yang terkenal menerusi filem Sepet, Talentime dan Gubra ini. Ada di antara mereka yang tidak menyangka dahulu Yasmin Ahmad dikenali dengan nama Zulkifli Ahmad.



Salah seorang netizen mendakwa  Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa dan  telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin sengaja mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, ada di kalangan netizen yang tak bersetuju pemilik akaun ini berkongsi dan mendedahkan aib orang lain, lebih-lebih lagi kepada seseorang yang sudah meninggal dunia.-CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 25-10-2022 07:07 PM
Di laman TikTok baru-baru ini tular dengan video lama yang menyaksikan seorang lelaki menyertai pertandingan nyanyian pada era 70-80an.


Yang menjadi perhatian netizen, lelaki itu mirip pengarah filem yang terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad. Akaun TikTok yang dimiliki oleh pelakon teater ini  gemar menyiarkan sedutan drama dan nyanyian artis lama.


Dia menyatakan penyanyi tersebut merupakan Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV.


Foto: Google




“Wajahnya mirip ikon filem Malaysia Allahyarham Yasmin Ahmad. Ini adalah penyanyi Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV . Cara nyanyiannya sungguh memikat dan menarik sekali” tulis akaun TIkTok ini.


Di ruangan komen ramai yang terkejut selepas mendapat tahu kisah lampau pengarah filem yang terkenal menerusi filem Sepet, Talentime dan Gubra ini. Ada di antara mereka yang tidak menyangka dahulu Yasmin Ahmad dikenali dengan nama Zulkifli Ahmad.




[tiktok]7147909134866812186[/tiktok]



Salah seorang netizen mendakwa  Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa dan  telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin sengaja mencetuskan kontroversi.


Dalam pada itu, ada di kalangan netizen yang tak bersetuju pemilik akaun ini berkongsi dan mendedahkan aib orang lain, lebih-lebih lagi kepada seseorang yang sudah meninggal dunia.-CARI


Sumber: Murai.my
Quote hzln 25-10-2022 07:32 PM
Apa yg aibnya? Dah dia lahir khunsa. Aib pebendanya? Tah hapa2 setajah2 internet nih.
Quote ashilalat 25-10-2022 08:04 PM
Huk aloh...biar lah. Entah² yg nyanyi tu adik beradik lelaki yasmin ke, kau pon x tau. Kalao betol pon dia khunsa, apa masalahnya? Sibuk menghitung dosa org, pahala org, aurat ke hulu aurat ke hilir. Menyampah betol baca komen² pasal setagajah jadian di med soc.
Quote dejure 25-10-2022 08:16 PM
Dia khunsa.semua org tahu dia khunsa.sbb tu dia boleh berkahwin dan mati sbg wanita.dia bukan pondan mcm sajat.
Quote Suchi 25-10-2022 09:23 PM
Dia memang penyanyi asalnya, naib johan bintang rtm 1974.
Kalah tipis ngn kump apatah, time tu ramai meramalkan dia akan jd juara sbb nyanyi sedap cuma bg yg suka suara jantan maybe la tak minat dia sgt.
Ada rakam lagu juga masa tu habsah hassan baru nk jadi penulis lirik.
Hits juga la lagu dia masa tu.
Pastu katanya dia tetiba menghilang g sambung belajar ke apatah.
Quote makcun14 25-10-2022 09:26 PM
Orang tu pun dah meninggal, perlu ke upload benda ni?
Yihhh sangat kat orang yang sanggup buat apa saja demi content.
Quote lazim 25-10-2022 09:28 PM
Kn dkt chanel 6 mytv tu pnh ulang bintang rtm thn brp puluh an tah.  Berulang kali tgk arwah yasmin sbg llki pki nm zul..
Quote Raline 25-10-2022 09:39 PM
dah ada


Ramai Tak Senang Video Lama Yasmin Ahmad Menyanyi Dikongsi Semula
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5075077
Post time 25-10-2022 07:07 PM

Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5075036&extra=
Post time 25-10-2022 06:03 PM

Quote helicornia 26-10-2022 01:21 PM
Yg baru tau tu mesti bbnu
Quote subee 26-10-2022 02:04 PM
Suchi replied at 25-10-2022 09:23 PM
Dia memang penyanyi asalnya, naib johan bintang rtm 1974.
Kalah tipis ngn kump apatah, time tu ramai ...

Lagu hits dia bertajuk ‘Tunggulah’.. the arwah pi overseas sambung belajaq.
Quote umbut 26-10-2022 02:13 PM
Ramai je yg dah tau. Yg tak tau pastu aib2 bagai sah bbnu baru tumbuh bulu
Quote hasniey 26-10-2022 03:17 PM
Khunsa kan bukan pondan mcm sajat
Quote jihyomelly 26-10-2022 03:45 PM
dia khunsa tu pasal bleh kawin..bukan pondan wanita berloceng atau lelaki bervigina.. dah ninggal dah pun..xyah la sesibuk..benda dah lama xyah ungkit2 ishhh bbnu la ni semua nak jd content
Quote ciksom 26-10-2022 04:48 PM
Netizen ni baru lahir semalam atau baru main fb semalam.?
Quote liyamariska 26-10-2022 05:30 PM
apa yg ai dgr citer, asal kejadian lelaki tapi operate sebagai pompuan sbb dulu2 byk kes operate jantina byk berlaku kt luar negara...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077846 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top