CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

New Delhi Diselubungi Asap Beracun Angkara Sambutan Deepavali

25-10-2022 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1368| Komen: 10

Asap toksik atau beracun menyelubungi New Delhi sejak awal pagi tadi, selepas penganut Hindu sanggup berdepan risiko dihukum penjara hingga berbulan-bulan kerana melanggar larangan membakar mercun demi meraikan sambutan Deepavali, semalam.


Menurut syarikat pemantau antarabangsa, IQAir, bacaan kadar zarah berbahaya PM 2.5 melonjak kepada 350 dalam indeks kualiti udara – tiga kali ganda berbanding sehari sebelumnya.

Bacaan zarah terbabit – begitu halus sehingga boleh menembus jauh ke dalam paru-paru dan memasuki saluran darah – didapati 23 kali lebih tinggi daripada kadar maksimum harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Financial Times


Kadar bacaan zarah itu menurun kepada 145 menjelang pertengahan waktu pagi tadi, namun masih hampir 10 kali ganda had ditetapkan WHO.

Pada 2020, laporan oleh IQAir mengenal pasti sebanyak 22 daripada 30 bandar paling tercemar di dunia adalah terletak di India.

New Delhi menguatkuasakan larangan penjualan dan pembakaran mercun, bulan lalu, sekali gus mengumumkan sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dihukum penjara hingga enam bulan.

Namun, ramai daripada kira-kira 20 juta penduduk di ibu negara India ini dikesan masih berupaya mendapatkan bekalan mercun dan membakarnya pada waktu larut malam atau awal pagi.

Bagaimanapun, stesen penyiaran NDTV melaporkan tahap pencemaran di Delhi selepas sambutan Deepavali, semalam, adalah yang terendah dalam tempoh empat tahun.

Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, berkata penduduk ‘berusaha sedaya upaya’ dalam usaha menangani isu berkenaan dan hasilnya adalah menggalakkan.

“Namun, perjalanan usaha itu masih jauh,” ciapnya pada awal pagi tadi.

Sambutan Deepavali diraikan pada masa lebih kurang sama dengan jangka waktu petani di negeri jiran membakar jerami selepas musim menuai.

Asap mercun yang bergabung dengan kepulan pembakaran di ladang dan pelepasan gas industri serta kenderaan, menyumbang kepada udara beracun yang disalahkan sebagai punca kadar tinggi kematian pramatang.

Menurut laporan Lancet pada 2020, hampir 17,500 penduduk meninggal dunia di Delhi pada 2019 akibat pencemaran udara. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-10-2022 07:36 PM
dah lama xdengar indon import jerebu adakah indon dah main mercun?
Quote Thunderclouds 25-10-2022 09:28 PM
Neiber iols dh 2mlm dok bakar mercun sampai kna tutup pintu tingkap sbb asap dia buat i semput. La ni tgh ujan tggu benti satgi bedentum2 la blk.
Quote Highflyer19 25-10-2022 10:44 PM
And then blame indon for the jerebu
Quote eizarz 26-10-2022 05:54 AM
boleh mintak sunak jadi pm india lps ni…kot2 org india boleh dgr ckp dia…
Quote Tinot7 26-10-2022 07:08 AM
CiliPadiSedap replied at 25-10-2022 07:36 PM
dah lama xdengar indon import jerebu adakah indon dah main mercun?

Indon import jerebu ka indon eksport jerebu?
Quote CiliPadiSedap 26-10-2022 09:29 AM
Tinot7 replied at 26-10-2022 07:08 AM
Indon import jerebu ka indon eksport jerebu?


Eksport. Sorry friska lobenak
Quote totokreturn. 26-10-2022 09:32 AM
penduduk dia ramai, tak lut pun kalo setakat mati 180k org
Quote sangbara2020 26-10-2022 09:43 AM
demi sesaat keseronokkan
Quote UMMI_MAI 26-10-2022 10:07 AM
main mercun tak ingat dunia, pas tu bior cebisan2 kertas mercun bersepah2 depan rumah ... bukan reti nak sapu ...terbang masuk laman rumah org lain...
Quote Tinot7 26-10-2022 10:21 AM
CiliPadiSedap replied at 26-10-2022 09:29 AM
Eksport. Sorry friska lobenak

Sapa friska lobenak?
Kaka cps malu sbb salah guna perkataan yach? Hahahahahahha

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034204 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top