BEIJING – Seorang wanita di China bertindak di luar kebiasaan apabila menyamar menjadi seorang lelaki dan secara curi-curi, tinggal di asrama pekerja lelaki kerana mahu mencari calon kekasih, lapor laman berita Mothership.
Paparan di platform media sosial NetEase menyatakan, wanita itu menyelinap masuk ke dalam asrama lelaki yang menempatkan pekerja sebuah kilang elektronik. Penyamaran wanita itu akhirnya berjaya dibongkar oleh pekerja di asrama itu dan melaporkannya kepada penyelia kediaman. Pada mulanya, wanita itu enggan meninggalkan asrama lelaki walaupun pihak pengurusan telah menyediakan tempat tinggal baharu di dorm wanita. “Dia enggan keluar kerana takut peluang bertemu cinta semakin tipis. Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia sudah menemui seorang lelaki yang diminati di asrama tersebut,” tulis keterangan pada paparan berkenaan. Wanita itu hanya bersetuju untuk berpindah selepas penyelia berjanji untuk mengatur janji temu dengan lelaki yang diminatinya. Artikel itu juga menyatakan bahawa wanita itu mungkin mempunyai masalah perkembangan mental atau lembam. – CARI Sumber: Kosmo
|
batmana replied at 25-10-2022 08:09 PM
bdk2 lembam ni kdg2 jujur sgt hati dia..
tu yg jadi gini
gideoncross replied at 25-10-2022 10:02 PM
Aiol pun ada pngalaman psl family ni ada ank llaki trencat akal, mmpuih asl trjumpa asek nak mnggat ...
Omai replied at 26-10-2022 10:34 AM
i ade pengalaman mcm u.. dulu penah ikut sedara beraya umah adik beradik dia. masa tu iols baru 13 ...
Omai replied at 26-10-2022 10:34 AM
i ade pengalaman mcm u.. dulu penah ikut sedara beraya umah adik beradik dia. masa tu iols baru 13 ...
shiraloveyou replied at 26-10-2022 12:02 PM
Ko ingat ni drama hana kimi ke?
plywood replied at 26-10-2022 11:32 AM
kesianlah mcm tu. family dia patut jagalah pakaian dia. pakaian pun tak terjaga benda lain lagilah ...
edayildiz replied at 25-10-2022 06:58 PM
mcm cite korea...yg heroin tu bunuh diri tu
wirazam replied at 29-10-2022 11:37 PM
Tajuknya apa?
ADVERTISEMENT