Penampilan terbaru anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut pendek seperti seorang lelaki.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya. “Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja,” tulisnya. Menurutnya, zaman remaja Cik B tidak sama seperti mereka seusianya kerana dia sudah diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan Salmon Skin Salted Egg.
“Cik B membesar tak sama macam orang lain. Saya dah bagi dia handle business Salmon Skin Salted egg,” tulisnya, Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat usahawan itu yang memberi anaknya menikmati zaman muda namun masih dalam pantauan. Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen mengkritik usahawan itu yang membiarkan Cik B meniru gaya rambut lelaki. Sumber: ROTIKAYA
|
dudaberhias replied at 26-10-2022 01:50 AM
macam lelaki ke dah memang jiwanya tu lelaki? choii hokkeh... stereotype rhoperr pengkid tikto ...
Cik B membesar tak sama macam orang lain. Saya dah bagi dia handle business Salmon Skin Salted egg,” tulisnya,
ADVERTISEMENT