CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Kereta Parkir Di Bahu Jalan, Penunggang Motor Dilanggar Kereta Lain Dari Arah Bertentangan

25-10-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 570| Komen: 0

Dua penunggang motosikal berdepan detik cemas gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik sebuah kereta meletakkan kenderaannya secara sesuka hati di bahu jalan.


Satu rakaman video tular menunjukkan penunggang motosikal tersebut dilanggar oleh sebuah kereta lain dari arah bertentangan ketika mengelak  kereta yang di parkir di bahu jalan tersebut.

Penunggang motosikal yang didakwa dalam perjalanan pergi ke kerja tersebut kemudian didapati mengutip duit syilingnya yang bertaburan di atas jalan sekaligus menimbulkan rasa simpati netizen.




“Kasihan pula aku tengok budak itu kutip syiling dia, abang jangan marah dia okay, itu jalan dia,” komen fm.


“Kasihan tengok dia kutip duit syiling yang jatuh lagi rasa nak menitis air mata. Tapi motor dia hancur,” komen Ren.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen mengecam pemandu kereta yang parkir kereta di tepi jalan kerana didakwa menjadi punca kejadian .

“Yang salah kereta yang parking di tepi, itu bukan tempat letak kenderaan,” komen Afifsyauqi15.

“Kasihan orang yang tidak bersalah kena. Ini semua sebab kereta parking tepi jalan,” ujar Hanis. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031026 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top