|
Mengenang persahabatan mereka, tiga peserta wanita Gegar Vaganza 9 (GV9) yang tinggal, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tom sanggup menggantikan Dina Nadzir di saat akhir dalam membuat persembahan pada minggu ini.
Ia berikutan bapa kepada Dina, Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64 telah meninggal dunia pada pagi Ahad sekaligus membuatkan penyanyi itu tidak dapat beraksi pada minggu ini. Menurut Shila, mereka bertiga membuat keputusan untuk mempersembahkan lagu Januari yang sepatutnya dinyanyikan oleh Dina sebagai tanda sokongan dan ia turut mendapat persetujuan daripada pihak produksi.
"Kami terfikir apa akan jadi dengan Dina dan apa yang kami boleh lakukan sebagai rakan. Jadi kami dapat idea mungkin kami boleh nyanyikan lagu dia apatah lagi kini hanya tinggal empat peserta wanita. "Kami semua pun tak sangka pihak produksi akan beri kebenaran dan kami pun berlatih hanya petang tadi di saat akhir,” kata Shila.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.