CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Panik Apabila Kartel Bertempur Di Sekolah

25-10-2022 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 564| Komen: 0

Kanak-kanak sekolah yang ketakutan bertindak bersembunyi di bawah meja kelas selepas ketika insiden tembakan membabitkan pergaduhan dua kumpulan penjenayah di Mexico, baru-baru ini.


Portal Daily Star melaporkan, kejadian menakutkan itu berlaku berhampiran Sekolah Rendah Mario Silva Cortes di Sonora, Mexico.


Kanak-kanak meniarap di atas lantai di dalam bilik darjah ketika insiden berkenaan. FOTO Agensi

Anehnya, penyerang lelaki turun ke jalan di luar sekolah, dan cuba membunuh antara satu sama lain.

Satu kumpulan berada di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih, manakala lelaki lain berada di jalan.


Media melaporkan tembakan berlaku di mana-mana, sehingga ada mengenai dinding sekolah ketika kejadian pada 2 petang, 20 Oktober lalu itu.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan guru cuba menenangkan murid sambil menasihati mereka untuk tunduk dan berada di bawah meja masing-masing.

Tiada seorang pun daripada murid yang dilaporkan cedera dalam insiden mencemaskan itu.

Pertempuran berlaku selepas perang meletus antara kartel Caborca ​​dan kumpulan Los Chapitos, awal tahun ini.

Ia berpunca daripada penahanan pemimpin Caborca, ​​Rafael Caro Quintero, baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan Keselamatan Awam Sonora berkata, sejurus selepas serangan itu, terdapat serangan langsung terhadap sebuah kenderaan di mana seorang terbunuh, dan dua cedera di Empalme.

"Pasukan keselamatan tentera laut, polis negeri dan perbandaran berada di tempat kejadian bagi mengawal kawasan itu," katanya.

Susulan kejadian, Setiausaha Keselamatan Maria Dolores del Rio menghubungi pengetua sebuah sekolah rendah yang terletak berhampiran tempat kejadian yang kemudian mengesahkan semua murid itu selamat.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab.

"Sebagai tambahan kepada maklumat mengenai peristiwa di Empalme, kami mengesahkan murid Sekolah Rendah Mario Silva Cortez selamat meninggalkan kelas dan bersama keluarga masing-masing," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.023901 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top