CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netflix Mungkin Disaman Sebab ‘Glamorkan’ Kes Jenayah Bunuh Jeffrey Dahmer

25-10-2022 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1963| Komen: 12

Bapa kepada Jeffrey Dahmer, Lionel Dahmer, mempertimbangkan untuk menyaman Netflix rentetan penerbitan beberapa siri yang dibikin berdasarkan kisah hidup dan jenayah yang pernah dilakukan oleh anaknya.


Menurut penjaga Lionel, lelaki berusia 86 tahun itu menjelaskan yang dia tidak pernah dihubungi berkenaan dua siri yang ditayangkan di platform penstriman itu - Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story dan Conversations with a Killer: The Jeffrey Dahmer Tapes.


Today

Kedua-dua siri itu telah mencetuskan tarikan baharu terhadap Jeffrey Dahmer, pembunuh bersiri yang meragut nyawa 17 kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa antara 1978 dan 1991.


Kes pembunuhan kini menjadi begitu popular, sehinggakan orang ramai berpakaian menyerupai Jeffrey untuk Halloween.

Kini menetap di Ohio, difahamkan Lionel enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sejak siri tersebut ditayangkan di Netflix. Namun, dia dilaporkan mengalami gangguan sejak ‘peminat’ anaknya sering muncul di kawasan rumahnya.

Pembantu Lionel, yang hanya mahu dikenali sebagai Jeb, memberitahu The Sun yang dia telah memutuskan untuk memiliki senjata api untuk perlindungan memandangkan ‘kegilaan’ yang datang secara tiba-tiba itu.

"Dari semua yang saya lihat dan saksikan secara peribadi, Lionel tidak dihubungi mengenai dua rancangan yang disiarkan di Netflix.

"Saya telah berjumpa dengan beberapa peguam dan bercakap dengan penerbit siri ini juga memandangkan kejadian ‘huru-hara’ yang berlaku selain cerita yang kami lihat.

"Lionel dan Surat Kuasa Wakil sedang mengumpul maklumat dan melihat kemungkinan tuntutan mahkamah terhadap pasukan produksi atau kemungkinan Netflix.

Dalam pada itu, Jeb turut memberitahu The Sun yang dia tidak menonton dua siri Netflix itu secara penuh kerana menganggap watak Lionel tidak diangkat dengan adil.

“Lionel merupakan seorang ayah yang sangat penyayang. Dia cuba buat sedaya yang mungkin pada masa yang penuh dengan ketidakpastian.

“Dia berpendapat bahawa semua ini tidak sepatutnya dibuat, semua maklumat yang perlu diketahui umum ada di dalam bukunya. Segala-galanya hanya glamor dan memberikan perhatian kepada butiran yang tidak terbukti fakta.

Terdahulu, Lionel menerbitkan memoir berjudul A Father’s Story mengenai Jeffrey Dahmer pada 1994, beberapa bulan sebelum Dahmer dipukul hingga mati di penjara oleh rakan banduan, Christopher Scarver.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-10-2022 06:58 PM
OK pakcik.. Kalau ada duit boleh saman..
Quote lurve82 25-10-2022 07:00 PM
Bru tgk epi 1…
Quote Tembikaigoreng 25-10-2022 09:07 PM
Kesian juga Bapak dia.... Base on kronologi dan series kat Netflix tu, abah dia sedaya upaya juga membentuk anak dia.... Mesti stress org duk tanya pasal anak dia...hidup menyusahkan... Dah mati pun masih menyusahkan
Quote Mary_jane 5-11-2022 07:31 AM
Disturbing nya confession tapes tu compared dengan drama siri. Membunuh, had sex with the corpses, simpan organ mangsa, skulls, siap makan organ diorang lagi. He felt nothing.
Quote Mary_jane 5-11-2022 07:34 AM
Memang ada episod khas untuk Lionel, nampak lah dia memang penyayang tapi boleh diorang laki bini biar je Jeff stay sorang2 kat rumah sampai 2-3 bulan. And in fact he wrote to the judge minta Jeff ni dirawat oleh psikatri, tapi dia tak proceed further.
Quote rospinki 5-11-2022 07:35 AM
Sbgi org normal tak suka tgk benda2 gini.  Hidup ini sedia ada dah kejam.  Kalau layan netf pon aku ulang2 tgk cerita sama no kd drama no no
Quote Dwdrum 5-11-2022 08:45 AM
Pernah baca statistic serial killers personality ini lahir pada certain months + environment +mental state... Dan harvard ada buat psychological study... Termasuk zodiac juga.. Dari study itu lah police dan FBI catch penjenayah ikut month suspect but selalu betul.. Kasihan juga if suspect itu innocent....
Quote dani-rox 5-11-2022 10:16 PM
Dwdrum replied at 5-11-2022 08:45 AM
Pernah baca statistic serial killers personality ini lahir pada certain months + environment +mental ...

menurut statistik, serial killers ni paling ramai berzodiakkan Cancer, Pisces, Sagittarius dan Scorpio lol




Quote Dwdrum 6-11-2022 08:53 AM
dani-rox replied at 5-11-2022 06:16 AM
menurut statistik, serial killers ni paling ramai berzodiakkan Cancer, Pisces, Sagittarius dan Sco ...

Kadang rasa apa yang baca seperti merepek... seperti coincident...
Quote alesandra 6-11-2022 12:23 PM
Aku tgk takat 2 1/2 episode je.pastu aku maleh dah..
Quote aina_shaira 6-11-2022 12:43 PM
Aku mmg tak akan tengok dokumentari gini yang boleh bagi stress, depression and negative vibes…
Quote fealefea 6-11-2022 03:05 PM
aku caya org yg paling baik adalah yang paling tersakiti. Ini melahirkan  monster sbb dia tak mampu nk jadi vocal. so die lepaskan perbuatan die yg paling ganas.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059910 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top