Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia seorang yang sangat menitikberatkan dalam soal penjagaan kulit dan kesihatannya sehingga digelar 'vampire'.
Syafinaz, 49, berkata, dia lebih selesa dengan wajahnya yang asli tanpa sebarang pembedahan plastik. "Muka saya 'original' ya! Sejak usia 16 tahun saya sudah mula menjaga kulit. Saya sangat menjaga kulit muka dan badan saya kerana kulit saya jenis sensitif. "Saya sebenarnya melabur dari segi masa dan wang untuk memastikan kulit saya kekal bersih dan sihat. Tapi nak kata bersih macam Fazura tidaklah, tapi untuk wanita yang seusia saya, saya bersyukur memiliki kulit yang sihat," katanya.
|
gerbera.memopad replied at 25-10-2022 07:11 PM
Lawalah dia ni. Nampak modern & up to date tapi tetap age appropriate gaya-gaya beliau
...
Perawankota replied at 25-10-2022 07:05 PM
Dia kuarkan duit untuk cantik pon banyak.. Cuma idokla dia pi repair muka smpi jadi pelik2
jejaka_hensem replied at 25-10-2022 08:16 PM
Ok ke sis pakai facemask ni?
Iols just pakai overnite mask tu je,sapu2 terus tido
gerbera.memopad replied at 25-10-2022 08:47 PM
Best beb pakai mask. Lepas pakai tu rasa lembab je kulit. Tapi itulah renyah nak tunggu 15-20 mini ...
nurul_akmar replied at 25-10-2022 03:00 PM
So betulla mask ada effect? Aku mcm malas nk pakai sbb mcm bese2 je.. mebi sbb aku beli mask murah
ADVERTISEMENT